Subscribe News Feed Subscribe Comments

seketika untuk entry ini


alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya Pusat Islam (MSI) dengan kerjasama PMIUTM mengadakan satu forum berkaitan dengan  isu "Penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain" berikutan dengan keputusan mahkhamah membenarkan akhbar Katholik "The Herald" menggunakan perkataan "Allah" di dalam akhbar mereka yang berbahasa MELAYU.



 dalam forum ini, penjelasan yang diberikan amat mengejutkan terutamanya dari tuan Iqbal yang merupakan seorang peguam dalam kes rayuan bagi isu kalimah Allah ini. rata-rata mahasiswa yang hadir mula sedar akan kepentingan mereka dalam menyebarkan isu ini kepada ummah dalam memelihara kesucian sinar Islam.


 
mungkin ada antara kita yang menganggap isu ini hanya satu perkara biasa, contohnya di Mesir sendiri orang kristian menggunakan kalimah Allah. namun bagi saya apa yang berlaku di Malaysia tidak sama. dengan tahap kesedaran umat islam pada agama Islam itu sendiri yang rendah ternyata isu ini adalah salah satu propaganda nasrani untuk memijak dan menjatuhkan Islam...
 


 
 cuba bayangkan, bila sekecil ini pulang ke rumah dan bertanya pada Ibunya apa beza antara Allah orang Islam dengan Allah yang diperkatakan oleh paderi di gereja? saya bimbang akan wujud salah faham di kalangan masyarakat yang cetek pengetahuan agamanya dan menganggap semua agama itu sama. dan salah faham paling menakutkan ini akan membawa generasi masa akan datang nanti beranggapan Allah dalam agama Islam sama dengan Allah dalam agama kristian jadi tidak kisah jika murtad dan menyertai kristian kerana Allah yang sama.


betapa besarnya cabaran umat Islam diakhir zaman ini. akidah kita semakin dicabar. sungguh benar kata ini "kaum Nasrani tidak akan reda pada kamu (islam) selagi kamu tidak mengikut telunjuk mereka."

berharap agar setiap dari kita mengambil peranan dalam isu ini, andai jika keputusan makhamah tetap membenarkan penggunaan kalimah Allah maka kita juga harus bersiap sedia dengan ilmu di dada. sungguh tugas kita semakin besar..

Daei mesti KUAT!

download rakaman forum isu-isi Islam mutakhir-isu kalimah Allah (disini)


1 comments:

violet biru said...

salam, jika saya ada tersilap info minta betulkan =)

dan jika ingin berkongsi dan menambah digalakkan =)

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB