Subscribe News Feed Subscribe Comments

outing LPM - fotografi

070210 adalah satu pagi yang indah apabila sekumpulan anak-anak muda berkumpul dalam satu liqa bagi sama-sama mempelajari teknik-teknik mengambil gambar yang cantik. majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi LPM, akhi Azim.


walaupun tanpa camera yang canggih, dengan teknik yang betul sebenarnya kita dapat menghasilkan gambar-gambar yang menarik. selepas sesi taklimat kami dibebaskan dalam masa satu jam untuk mengambil gambar-gambar disekitar. Ukhti asma selaku TP LPM mengetuai di bahagian muslimat.


di akhir outing itu, kami dikumpulkan dan sesi mengkritik gambar diadakan. alhamdulillah kebanyakan gambar yang diambil menepati apa yang diajarkan. walaupun terdapat beberapa gambar yang masih punya kekurangan, namun sahabat-sahabat ceria menerima segala kritikan =)


sebagai daei, dakwah harus dipelbagaikan termasuklah melalui fotografi. mengambil cotoh Peter Sanders yang menggunakan medium fotografi untuk menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat dunia. seperti yang selalu dikatakan oleh akhi Hafiz (pic outing LPM) "bila gambar berbicara" terdapat pelbagai tafsiran yang boleh diberikan.

study group LPM PMIUTM adalah aktiviti bulanan LPM. terdapat pelbagai topic yang diajarkan dalam study group LPM antaranya photoshop, flash dan lain-lain. semoga aktiviti seperti ini bukan sahaja mampu menambahkan ilmu malah mengeratkan ukhwah sesama ahli =)


-bila vB berlagak reporter-


3 comments:

violet biru said...

tidak dibenarkan komen kualiti gambar... heh sebab tak terfikir pun nak buat report.. main belasah aje~

formatter said...

ada bakat jadi reporter utm-today...mentang2 nak buat projek BW,abes sume xde warna..

violet biru said...

utm-today tu sampingan.. matlamat paling jelas NG... hehe

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB