Subscribe News Feed Subscribe Comments

ayer hitam punya barang - part3





ayer hitam punya barang - part2















ayer hitam punya barang - part1

gambar-gambar sewaktu menemankan kakak2 saya membeli barangan di ayer hitam johor. bosan sebab tak tahu nak beli apa saya dan en.D meronda2 kedai ala-ala wartawan majalah pengantin untuk mendapatkan shoot2 menarik barangan pengantin... saran saya pada mereka yang mahu berkahwin tak lama lagi, ayer hitam memang syurga mendapatkan barangan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang cukup berpatutan =)


xx


 

 

 

 

 

 

 

 



http://violetbiruphotos.blogspot.com






























mengambil gambar rakan2 forecast (4SKK)

thanks untuk semua senyuman pada petang hari yang indah.. walaupun cahaya matahari kurang mantap tapi mood yang diberikan oleh mereka tak mematikan suasana.. nanti saya akan uploadkan gambar2 menarik sepanjang sesi group photoshoot =)


bermain dengan cahaya


























Catch a star if you can
Wish for something special
Let it be me


























 You're the one like the sun
Shine your love around me
You'll always be the one for me


NIKON GIRL =)
"mula-mula ingat nak beli mainan untuk amirah, last2 kak cik dia yang rembat =)"

Self-Portrait (part9)

"gambar ini diambil idea daripada gambar alangraphy"

gambar saya bersama dengan en.D di wedding kak Has. saya menjadi jurugambar tambahan sahaja. selamat pengantin baru buat Haslina dan pasangan Ansari. sangat gembira kerana dapat berkongsi moment bahagia kalian berdua... =)

 kredit pada sakinah yang amik picture ni =)

heheheh


Segulung Ijazah Harapan Rakyat



Menggengam segulung ijazah
Mendengar tangis manusia
Di bawah hancing bingkai langit
Melihat sungai kekuningan
Dikencing awan hitam kemerdekaan
Di susuk rimba
Terdengar pula suara siamang
Memekik menjadi hakim
Di mahkamah hukum-hukum rimba
Dan ijazah yang diterima
Terpaksa menjadi bahan-bahan buangan
Di dalam tapak pelupusan sampah

Aku ingin bertanya
Ke mana intelek kebenaran
Aku harus bertanya
Di mana hasil tangan pengenggam ijazah
Mahasiswa adalah senjata
Yang akan gagah bersoal
Mahasiswa bukan peralatan kuda
Yang akan ditunggangi tanpa bertanya

Mengapa setiap perkara yang baik
Pasti akan ada yang jahat
Mengapa setiap perkara yang miskin
Pasti akan ada yang kaya
Mengapa setiap perkara yang adil
Pasti akan ada yang zalim
Ya, sudah lebih lima puluh dua tahun
Mengapa suara mahasiswa terus membisu
Kemerdekaan hari ini milik siapa
Mahasiswa harus menjadi suara
Kepada rakyat masa depan

Mahasiswa perlu mendengar nadi negara
Hari ini mahasiswa harus melihat
Ada di atas meludah yang di bawah
Ada yang berkuasa membunuh yang tak berdaya
Ada yang kaya memerah keringat yang miskin
Ada yang kufur memerintah yang beriman
Mana suara mahasiswa waktu ini
Aku ingin bertanya
Mahasiswa membisu atas dasar apa?
Aku mahu bertanya
Mahasiswa berdiri atas dasar apa?
Aku harus bertanya
Mahasiwa belajar atas dasar apa?
Mengapa siamang yang menjadi hakim?

Lihat ada petani yang hilang sawahnya
Dengar ada penduduk dirobohkan rumahnya
Ideologi-ideologi penindasan
Yang dicuri fahamannya dari intelek penjajah
Sering saja tidak menyebelahi sosio rakyat
Orang-orang yang kaya makin disayang
Orang-orang yang miskin makin terbuang
Tanah-tanah di bukit
Sudah tidak ada lagi yang membela
Kelaparan anak-anak fakir miskin
Makin berleluasa mati kebuluran
Keruntuhan akhlak, penderaan, kemaksiatan
Terus menjadi raja di bumi ini

Mahasiswa harus bertanya tentang perkara ini
Ya, mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak pernah bisu
Mahasiswa perlu melihat dan mendengar

Antara ketawa riang penindasan
Dan redup tangisan pengharapan
Kedaulatan kebenaran harus dibangunkan
Binatang kepalsuan harus dihapuskan
Maka segulung ijazah akan menjadi kejayaan
Yang bermakna dalam kehidupan sehari harian

Di bawah bumbung fasaliti pendidikan ini
Mahasiswa wajar bertanya
Kita dididik untuk berdiri

Di pihak yang mana?
Ilmu yang diajarkan disini
Sesungguhnya adalah suara pembebasan
Yang akan menyokong sebuah sosio kehidupan
Mahasiswa bukan mengejar kekayaan
Mahasiswa bukan bermatlamat kebendaan
Mahasiswa bukan bercita-cita untuk menindas
Rakyat menuntut jawapan

Esok hari langit akan terang kembali
Siang akan terbit menjelma
Siamang di rimba masih bersorak
Sedang rakyat makin mati jiwanya
Dan jawapan dari mulut-mulut intelek mahasiswa
Ditagih bagi membela dan menjaga
Ya, suara mahasiswa akan menjadi hikmah
Dicampak ke laut menjadi pulau
Dicampak ke darat menjadi istana
Rakyat masih menagih kata-kata mahasiswa
Ada yang dipersada mendera
Ada yang disinggahsana menzalimi
Ada yang syurga dunia merampas
Hanya demi sebuah kerakusan

Mahasiswa harus terus menerus bertanya
Mahasiswa harus terus menerus membela

Tidak selamanya siamang menjadi hakim di rimba
Tidak selamanya rakyat terus dipersia
Biar segulung ijazah menjadi syurga
Bagi anak-anak kecil pada masa hadapan
Ayuh mahasiswa usah berhenti bertanya
Mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak bisu
Mahasiswa tidak tuli

Di bawah payung pendidikan di sini
Kita dididik untuk memihak pada siapa?
Puisi karangan dan deklamasikan oleh saudara Amni Jagat bersempena pesta konvokesyen di Malam Simfoni Nurani anjuran PMIUTM 

 

KAMI-Bionite Committee

































































































































































































































mereka berkerja bersama untuk dinner kursus mereka, setelah dinner berlangsung mereka kembali kepada kehidupan tanpa kerja yang mengikat mereka bersama. tetapi disebabkan hubungan yang telah wujud semasa bergerak kerja dulu, mereka merasakan penting untuk mengabadikan memori mereka bersama. jadi mereka telah memanggil saya untuk mengabadikan diri mereka dalam beberapa keping gambar =)

sangat gembira dan berterima kasih kepada mereka kerana memanggil saya =)


promotion & celebration =)




anda bakal bergraduasi?? ini sesmesta terakhir anda... sebelum pergi meninggalkan universiti (UTM) apa kata rakamkan saat indah anda bersama sahabat-sahabat anda.. 

mudah sahaja ajak saya sebagai photographer anda =)

syaratnya cuma satu---> GROUP PHOTOGRAPHY bukan COUPLE PHOTOGRAPHY 

kalau anda mahu, PM saya dah kita tetapkan tarikh =)
cam mana nak PM? tinggalkan alamat email anda di shoutmix atau di inbox FB saya =)

yang belum grade kalau mahu juga boleh =)

dan bagi mereka yang akan bergraduasi 2minggu lagi anda juga boleh =)

pictures of life - meminjam rasa melalui foto

Self-Portrait (part8)



gambar ini diambil sewaktu majlis perkahwinan abang intan (yop) dengan isterinya di melaka. terima kasih intan kerana mengajak saya untuk merakamkan majlis yang indah pada hari itu. untuk gambar-gambar sekitar majlis akan diupload pada masa akan datang, insyaAllah... =)

terima kasih pada formatter yang merakamkan gambar ini =)


Back to scool - SPM result

menyamar wartawan di sekolah menengah kebangsaan Skudai. JB =)


antara ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka...


masa mengambil result SPM juga adalah masa pertemuan kembali bersama rakan-rakan selepas terpisah hampir 5 bulan...


berdebar melihat keputusan SPM....


gembira dengan keputusan yang diperolehi...


antara mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM bergambar kenangan bersama guru-guru...


menyampaikan berita gembira pada keluarga di rumah...


tahniah kepada mereka yang berjaya...


ibu bapa hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka...


kami berjaya =)



berkongsi debaran =)


kecewa...


menulis biodata untuk diberi pada kawan2 =)


gembira...


usaha yang membuahkan hasil =)


lepas ni nak buat apa?


tengok ni!


2 sahabat dengan sekeping result =)


result SPM masih sekeping kertas.. bukan pemula atau penamat pada segalanya... teruskan usaha adik-adikku sekalian.. masih banyak lagi yang perlu kalian teroka.. yang utama berpeganglah pada "tali" yang kukuh insyaAllah kalian tak akan tersesat...

tahniah pada yang berjaya dan teruskan usaha pada semua =)

jumpa anda di University =)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB