Subscribe News Feed Subscribe Comments

dari menara bersama cikgu Abas


280410-outing bersama Abas Hassan di tingkat 31 bangunan UniKL
(picture from en. Shahrir)

alhamdulillah malam tadi dapat bertemu dengan mereka2 yang hanya dikenali di FB dan menangkap gambar bersama. kelakar pulak tengok bila masing2 dengan tripod dan duduk menunggu kamera sedang snap gambar dengan shutter speed yang sangat rendah. lagaknya macam orang yang sedang memancing ikan.. haha 

jam 6pm kami dah berkumpul di restoran berdekatan (tQ cikgu belanja) dan kemudia naik untuk shoot sunset. Subhanallah indah sungguh. kemudian bila matahari hilan bulan pula naik dan mengambang penuh. tapi dengan kit lense apa sajelah yang dapat pada bulan tu.. =(

kami disuruh menggunakan manual focus( set infinity-mula2 tak faham apa benda ni) he then bermain dengan white balance dan yang paling mencabar menyangkut tripod di hujung2 penghadang bagi mendapatkan pemandangan yang lebih cantik. Tuhan aje yang tahu macam mana saya menggeletar berdiri atas penghadang selebar tapak tangan dan tanpa sandar mana2 mengadjust kamera dan angle. bimbang sungguh kalau ada angin kuat datang saya, tripod dan kamera melayang ke KLCC.. heh

sangat best dan sangat banyak ilmu. 

thanks pada cikgu Abas, en. Shahrir, en. Abidin, Samsuri, Tim, ila dan ija(member Tim yang setia menemankan kami dan yang belanja aku supper) dan Peter (student UM yang masuk class cikgu tanpa mendaftar di HEP)

next time kami outing lagi ya =)

cikgu sedang men"setting" tripod untuk mengambil gambar group photo.. lihat pro sedang beraksi =)

design


 
dah lama tak berprojek design sejak meninggalkan UTM.. tadi cek aims tengok senarai tampal dan result design dah kuar

ALHAMDULILLAH
-A- 
=)

BETULLAH

"KESENANGAN YANG DATANG SELEPAS UJIAN ADALAH NIKMAT DARI TUHAN'
sengsara masa design dulu berbayar dengan result yang baik.. tq pada team member, sv (Dr. Ramli Mat) dan kengkawan =)

tak sesia meeting tiap malam sampai jam 12am... huhuhu


Yang Terindah




Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah... Terima kasih Tuhan

 [ bersangkutan dengan projek bulan Mei.. apa dia? nantikan =) ]

 

J.O.M - outing with Noorizam


picture from (noorizam)

pada 24/4/10 saya telah join J.O.M (Jom Outing Malaysia) di Bukit Bintang. hampir dalam 80 orang photog yang turun dan sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman. tambah menarik, saudara Ikram Ismail yang merupakan wedding photog juga turun dan banyak memberikan tips2 pada mereka yang rajin bertanya =)

 ijam (Leica)

outing JOM ni bukanlah outing untuk street candid, sebaliknya ia menekan pada bagaimana kita mahu menghasilkan gambar yang cantik dengan menerapkan beberapa elemen seni yang pada saya ianya agak sukar dan satu cabaran =)

antara seni itu ialah: Pattern, garisan, DOF, texture dan simetri. itulah tugasan kami hari tu =)
tapi yang kurang bestnya, area bukit bintang dan pavi ni sukar sangat nak amik gambar sebab guard dekat sini poyolah baru nak snap dah kena warning. agaknya kalau muka aku macam mat saleh baru dia tak warning kot...

alin (d90)

semasa outing dapat berkenalan dengan geng photog lain antaranya didi (UTM), Azlin (labuan). nor(shah alam) dan lupa pulak. thanks pada didi coz temankan saya pusing satu bb dan pavi sambil kongsi2 ilmu =) next time kami outing lagi ya =)

didi (d40)

antara shooter yang hadir (picture from ijam)


sofea play with colors





thanks to sofea...
makin gemok + comel =)

bila si kecil beraksi (part 2)







untuk melihat lebih banyak gambar boleh klik di sini =)

gambar adik2 PASTI yang sedang menjalani latihan net ball bersama 2 orang tenaga pengajar yang sangat bermotivasi =) kebetulan saya berjalan2 dengan kamera di taman U terjumpa pula mereka sedang menjalani latihan. apa lagi tanpa segan silu mengambil gambar. yang kelakarnya kak na (naqibah saya) memperkenalkan saya pada adik2 PASTI sebagai 'CIKGU BESAR' yang datang memantau untuk melihat siapa yang betul2 boleh bermain dan akan di bawa ke MUAR untuk tournament sukan PASTI bermula 1 Mei ini. 

adik2 PASTI yang percaya tu pun apa lagi bermain bersungguh2.. =) kelakar pula bila tengok tiang nett ball yang serendah itu. tambah kelakar tengok 2 orang cikgu tu yang bersemangat habis. 

untuk adik2 PASTI Gelang Patah, anda boleh! tapi kalau lawan dengan PASTI selangor.. hehehe


bila si kecil beraksi (part 1)
















seni bina (fkkksa)


hari ini saya cuba untuk shoot bangunan (seni bina) memang tak semudah yang disangka sebab saya sendiri tak tahu apa yang harus dititik beratkan ketika mahu mengambil foto-foto seni bina. terlupa pulak mahu search atau mendapatkan tutorial. jadi inilah hasil pertama kali dan yang tak seberapa. rasa tak nak upload tapi nak belajar dan rasa menarik juga shoot architecture ni. jadi mohon komen dari sahabat2 untuk penambahbaikan =)






seronok juga snap seni bina ni ya =)

Tips dari Abas Hassan:
1-Pattern
2-Shape
3-Form
4-Perspective
5-Color
 

kepadaMu Kekasih









Lagu: KepadaMu Kekasih (M. Nasir)

tQ kepada model (new talent, ahaks)
amir
formatter


masih bernyawa...


main bokeh je...


UTM dan aku yang sering ke'kering'an~


ukirannya... mengingatkan pada sesuatu.. apa ya?


new talent - Ilani.. ehehe semangat nak belajar main camera =)


gambar yang ditangkap oleh ilani menggunakan d3000 saya =)
hah dah boleh dah ni. cepat beli camera lani =)

kegilaan menembak yang menjadi2 selepas berakhirnya exam =)

aku ingin mencintaiMu...












lagu: Aku ingin mencintaiMu (EDCAUCTIC)


dalam hati ada...



"Kau mencintai ku, seperti bunga mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala..."
KCB II

ditujukan khas buat kak Helia... 
dalam hati ada taman..
taman syurga penuh dengan kasih sayang dan persahabatan... =)
tQ kakak =)


lebah



“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :”Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagi orang-orang yang mahu berfikir” (Surah an Nahl : Ayat 68-69)


sebelum pergi - ajan n da geng



pagi tadi dalam jam 11 am sempat mengambil group photo untuk kawan2 saya dari faculty FKKKSA. sebenarnya janji minggu lepas. tapi minggu lepas ada hal yang tak dapat dielakkan. beberapa gambar akan di upload atas permintaan tuan badan. kenapa sebab semua dah berangkat pulang ari ni. maka c akan di post dan macam biasa saya kalau bab2 post ni memang lemah sikit.

thanks ajan, anam, ayie dan wanie. korang memang sporting dan besh!
kawin jemput!!!

life at UTM (part 1)

entry ini mengenai kehidupan saya di UTM.. maka teknik dalam gambar kurang diambil perhatian sebaliknya cerita lebih utama. heh

untuk 1st part ini mengenai vB yang menduduki last paper dia sebagai seorang student... dan yang pasti last paper, adalah paper membrane yang mana leturernya Prof Fauzi dan aku yang sering kali berterbangan di awangan.. hehe sorry prof =)


budak poyo sedang menjawab exam.. actually paper membrane memang sangat tough. tapi lecture dia best dan aku masih simpan lagi first membrane yang aku cast kat makmal dengan prof Fauzi.. tapi alhamdulillah paper final ni bolehlah jawab juga walaupun berbelit jugaklah saraf kat otak aku ni =)
sebelum bla (actually jam tu waktunya salah) sempat juga menconteng papan putih.. haha sekarang baru aku ingat aku lupa padam white board tu.. adoi sorrylah fkkksa.. patut letak alamat blog sekali =)


student life... malam sebelum paper macam nak muntah menghabiskan sisa2 nota.. dahlah buku pulak kena rujuk dekat google book (kedekut punya pasal)... sampai migrain2 mengadap skrin.. haha alhamdulillah semuanya dah selesai.. moga2 keputusannya bagus2 =)

alhamdulillah.. abih gak degree aku =) insyaAllah...

MASTER? urgh.. tak pelah =)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB