Subscribe News Feed Subscribe Comments

menunggu kata dari Tuhan


Saudara Sani Sudin memainkan biola sebagai latar kepada teater menunggu kata dari Tuhan.


Saudara Sabri Yunus memegang watak sebagai Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk. Teater yang berbentuk monolog ini bermula apabila Ka’ab bin Malik tidak mampu memberi alasan yang konkrit kenapa tidak boleh pergi berperang. Sedangkan Ka’Ab tak pernah mengingkari kata -kata Allah dan Rasul.


Sesekali terlintas juga di fikirannya untuk berbohong kepada Nabi SAW… namun kerana imannya yang tinggi kepada Allah, terbatal niatnya itu. Maka bermulalah kisah pertarungan ‘rasa’ antara jiwa dan perasaan yang dialaminya. Beliau berasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau sihat dan telah mempersiapkan segala peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.


Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang lalu beliau dipulaukan oleh nabi dan sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Kerana pada zaman itu, semua umat Islam yang cukup syaratnya wajib keluar untuk berperang. Kerana itulah perintah Nabi SAW. Yang mengingkarinya, tunggulah azab dari Allah SWT. Tidak cukup dengan penderitaan itu, Beliau juga diperintahkan untuk menjauhi isterinya. Penderitaan jiwa yang amat sangat dialami oleh Ka’ab dalam menunggu keampunan dari Allah. Menunggu kata dari Tuhan melalui lidah Rasul….. sesungguhnya, inilah erti sebenar ’Penantian suatu Penyeksaan..’ Sehingga dunia yang luas ini terasa amat sempit oleh Ka’ab. Ka’ab terus bermunajat kepada Allah… setiap saat, setiap masa, setiap ketika…. hari demi hari Ka’ab menunggu kata ampun dari Allah… Sehinggalah Allah mengampunkannya…


alunan biola yang cukup mencengkam jiwa mengikut mood penceritaan...


moral dari teater:
1) Sejauh mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan?
2) Setelah kita sudah mengakui kesilapan kita, Sejauh mana pula kesediaan kita untuk menerima apa sahaja hukumannya?
3) Ketika kita melakukan kesalahan (dosa), tiada siapapun yang mampu membantu kita termasuklah orang yang rapat dengan kita (suami/ isteri/ anak-anak), yang menentukan segala-galanya hanyalah ALLAH…


Teater "Menunngu Kata Dari Tuhan" adalah arahan Pak Dinsman yang diangkat daripada hadis dan sirah mengenai Ka'ab bin Malik yang tidak mengikuti Perang Tabuk.


berdakwah melalui teater adalah satu usaha yang amat baik sekali. saya teruja dengan sedikit pendedahan daripada Pak Dinsman yang mengatakan antara projek teater terbarunya adalah certa mengenai kisah Nabi Yusof yang diangkat dari Surah Yusof.. sama-sama kita nantikan =)


sumber bagi caption : jom tengok teater

bagi mereka yang mahukan lebih lanjut mengenai kisah ini boleh ke blog ini juga:  Kisah tiga orang mukmin tidak menyertai perang tabuk.

Tahniah kepada PMIUTM yang telah membawa masuk teater berunsur ketuhanan ini pada pesta konvo yang lepas =)


1 comments:

violet biru said...

semasa pementasan teater ini, para photographer tidak dibenarkan memasang flash.. dengan pencahayaan yang suram dan sering berubah2 agak sukar juga saya mahu menangkap gambar. iso yang tinggi menyebabkan kualiti gambar sedikit tercalar =(

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB