Subscribe News Feed Subscribe Comments

kelas bersama Abas Hassan



pada 250410 saya telah mengikuti kelas asas fotografi yang diajar oleh en. Abas Hassan. kelas ini bertempat di kedai DSLR di Subang Parade. yuran yang dikenakan ialah rm50 (tersangat murah berbanding kelas fotografi yang sedia ada) dan waktu pembelajaran adalah selama 3 jam.

komen saya berkaitan kelas ini...

walaupun ianya adalah kelas asas fotografi, namun ramai yang beranggapan ianya adalah remeh dan mudah sedang perkara asas ini adalah perkara yang wajib diketahui oleh semua yang memiliki DSLR. 

saya mendapat pencerahan mengenai aspek teknikal mengenai dslr walaupun perkara2 itu pernah saya baca dan diajarkan oleh sahabat2. namun bagi saya di dalam kelas itu saya mendapat maklumat yang lebih TERSUSUN dan lebih FAHAM dan TAHU bagaimana menggunaka dslr sebaiknya. insyaAllah.

selepas menghadiri kelas itu, minat saya menghasilkan gambar yang menarik TANPA editing menjadi membuak2. 

saran saya pada mereka yang mahu menghadiri kelas fotografi, cubalah ke kelas ini. rm50 dengan ilmu yang begitu banyak daripada seorang yang begitu berpengalaman memang tidak sia2. kalau anda berminat en. Abas ada mengadakan kelas pada 8 mei 2010 ini. bermula jam 2.30pm. cepat mendaftar sebelum terlewat. hanya dibuka pada 10 orang yang membayar terawal sahaja. (daftar sini)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB