Subscribe News Feed Subscribe Comments

Tanjung Karang, Selangor


saya dan kawan2 ditempat keje meluangkan hujung minggu kami di bendang utk menangkap ikan. dalam kesempatan itu saya pun berslow shutter di bawah atahari terik jam 2pm. Tuhan aje yang tahu panasnya bagaimana.. rasa nak hirup aje air dari tali air tu. bendang memang best. nyaman dan tenang :D


Kemensah Waterfall



dalam version slow shutter :D
ini pertama kali saya mengambil gambar air terjun.. memang tidak mudah apabila anda begitu beriya2 ingin merakamnya dalam mode slow shutter. saya masuk ke dalam sungai bersama tripod dan kamera.. melawan cahaya matahari yang datang di sebalik celahan pokok. tapi yang lebih mencabar adalah air manik2 yang memercik dari air terjun..

beberapa keping gambar menjadi sampai apabila titik2 air jelas kelihatan. titik 2 air ini melekat pada ND grad filter saya. setiap saat saya harus mengelapnya..

saya gunakan ND400 - ternyata filter ini penuh dengan color cast dan saya sendiri belum mahir akan profilenya jadi memang sukar utk mengawalnya..

insyaAllah satu hari nanti saya akan kesini dan resnap balik.. insyaAllah yang terbaik :)



Kemensah Trip

23hb 10 saya dan kawan2 tempat kerja telah berkelah di Kemensah Waterfall atau lebih glamer dengan nama Air terjun Sofea Jeane.

utk ke air terjun ini kami harus berjalan di track ATV selama lebih kurang 1 jam...


self portrait (part20)

wah sangat lama tak update.. hidup tunggang langgang dengan karier dan masa depan.. doakan terbaik dan sukses dalam semua bidang especially photography ;)

bilalah nak jadi NG photographer ni.. ahaks!

picture taken by: Daus
location: KLPF Mid Valley


Cinta di Mabul Island - part 3





dalam version wide... nanti ada masa upload lagi :)



Cinta di Mabul Island - part 2


di mana ada anak-anak, di situ ada senyuman :)

 generasi tua yang tak pernah kenal erti lelah 

remaja ini sedang membaiki bot utk diguna waktu pelayaran nanti

kakak dan adik

 berkedai di hadapan rumah :)

 inilah kehidupan, juga kebahagian yang sukar diertikan :)

 adik dan kakak suku bajau

 anak kecil dan bot umpama basikal buat mereka :)

 menunggu untuk bermain :)

anak kecil ini menangis selepas saya menangkap gambarnya.. sorry ya adik :)


kehidupa di Mabul amat jauh berbeda dengan kehidupan saya di kota. di malam hari suasana begitu gelap sehingga saya bisa mengira bintang di langit. di pagi hari anak-anak kecil bermain kanu yang dibuat dari tong biru yang dibelah dua. mereka ke tengah laut untuk menangkap ikan. berbeza jika di sini anak-anak kecil mungkin sedang bermai play station atau bermain pondok2. tiada jalan raya yang ada denai2 berjalan kaki. tiada mcD, KFC mahupun kedai makan berhawa dingin. tiada kedai mejual minuman berais kerana waktu jam 10am sehingga 4.00pm tiada bekalan electrik. mula-mula saya rasa akan mati kalau duduk lama di sini. tapi setelah lama, duduk di anjung saat senja berlabuh sambil mendengar deruan ombak, bangun pagi melihat anak2 kecil terjun ke laut semuanya jadi indah.. kadang2 kebahagian datang dalam makna yang sungguh berbeda :)


Cinta di Mabul Island - part 1

wajah kecil Bajau Laut yang sedang bermain dengan ibu dan abangnya di halaman rumah. saat saya menghampirinya, dia mula menangis. mungkin kerana pelik melihat kamera yang lebih besar dari biasa. ibunya hanya tersenyum dan abangnya terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat adiknya. :)


Anak gadisBajau Laut ini mulanya sedang membantu ibunya dan adiknya pulak sebuk mengajaknya mhu bermain. ketika saya menghalakan kamera padanya dia menjadi kaku dan cuba untuk memberikan pose yang istimewa buat saya :)


dia adalalah si manis Bajau Laut yang begitu ceria. saat saya da kawan-kawan melangkah masuk ke perkampungan Bajau Laut dia asyik meminta wajahnya di potretkan. saya takkan lupakan lebarnya senyuman dia saat saya berhenti dan mengahala kamera padanya. :)


budak lelaki Suluk ini sedang berehat di beranda ketika saya sampai padanya. dia menjadi keliru wajah apa yang harus diberikannya pada saya :)


Suluk girl. dia gugup dan malu saat saya menghampirinya :)


Bajau Laut girls, sedang asyik bermain kad bersama-sama kawannya. apabila dia mengangkat kepala saya terus menekan shutter :)


Suluk girl, dia duduk di tepi rumah sambil memerhatikan rakan sebayanya sedang bermain. 


majoriti masyarakat di Mabul Island terdiri dari kaum Suluk dan Bajau Laut. mereka amat peramah dan sekali sekala malu-malu apabila kamera di halakan ke wajah mereka. dengan potret kadang-kadang kita dapat berkongsi kehidupa mereka yang tenang dan penuh bahagia di Mabul Island. 
Indah... itulah pendapat saya :)


en-TT di Mabul Island

Alhamdulillah akhirnya saya dan kawan2 dapat juga sampai ke Mabul Island.

bertolak pada pai Khamis dan tiba di sandakan di sambut oleh Tim dan Elly.. sehari kami menghabiskan masa di Sandakan dengan merayau di sekitar bandar dan sepilok park. kemudian pagi jumaat kami menaiki bas ke semporna. perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. sampai di semporna kami menaiki bot ke Mabul Island yang mengambil masa kira2 1 jam 30 minit di atas bot.

indah! itu lah yang saya rasakan. tenang dan menyamankan.. sesampai di sana kami di sambut dengan taburan tapak sulaiman di air yang hijau jernih, anak2 kecil yang bermain kanu buatan sendiri, tenang dan mendamaikan...

Mabul... satu rasa yang indah menjalar di segenap jiwa :)


Pasir Panjang, Pord Dickson






Gambar2 ini ditangkap sewaktu saya mengikuti bengkel For Better Exposure yang mana tenaga penagjarnya Warnaiman dan Teck

banyak yang dipelajari.. bak kata Warnaiman, sekali belajar tak boleh lagi dapat gambar power.. kena polish tiap2 hari..

:)

for better exposed!

picture by warnaiman

dan akhirnya saya berkesempatan juga untuk join FBE seri ke 7 di PD.
kesempatan ini saya guna untuk berjumpa dengan orang yang saya minat sangat2 gambar beliau iaitu WARNAIMAN atau Azizi.. selain Teck selaku pengajar bersama Warnaiman..

belajar mengawal shutter dan melihat alam dengan kanta wide sangat mengasyikkan.. sedihnya masih belum berkesempatan mengupload gambar2 di sana sebab laptop masih rosak~!

insyaAllah akan diuploadkan. bila pergi saya rasa sangat kecik sebab banyak nya mereka yang lebih hebat..
huhuhu tapi belajar tu process, sabar tu kesungguhan dan pencapaian itu anugerah!
for better exposed!



Gadis2 di luar sana!



LADIES PHOTOTALK

Attention to all LADIES PHOTOGRAPHERS.

http://www.facebook.com/event.php?eid=179374995445433


Event : Ladies PhotoTalk
When : 21stMay 2011, 2-4pm
Where: Presint 16, Putrajaya

Speaker : Mr Abas Hassan


registration : pm ashikin abdullah/ ashikin abdullah II/ Iz'zah Sinar

Organizer : Purple & Pink Pictures & Wirakanta Malaysia.

For more info, contact http://www.facebook.com/AshikinAbdullahPhotography

Nota saya:
cikgu Abas memang best.. pada sesiapa yang berkelapangan.. moh ler ke sana :) teringat masa kat UTM dulu ada gak girls talk cuma penceramahnya pun perempuan gak.. mungkin Hewi PMIUTM bleh buat girls talk yang tak terlalu terikat dengan isinya.. sesekali mungkin boleh buat girls talk pasal fesyen ke, pengamalan diet yang sihat ke, cara menguruskan wang ke, makeup2 ke, photography ke tapi masih dapat di relatekan dengan Islam.. Islam tu kan luas :)


contest: The best sunset in your life

 Actually contest ni sempena menyabut hari lahir fundee, dan temanya ialah

the best sunset in ur life!

gambar ini saya ambil ketika baru sahaja membeli DSLR... dan inilah sunset pertama saya yang saya ambil di K11 (UTM) waktu itu matahari betul2 searas dengan mata kepala saya :)
pulang setiap petang, saya hanya berpeluang menikmati cahaya matahari terbenam di atas motor. hinggalah pada hari tu saya berjaya mengejar cahaya matahari yang kian terbenam ini di tingkat 4 bangunan K11.
rindu pada cahaya matahari di UTM, rindu pada sahabat2 yang berada di sana, rinduu pada daerah rahsia, rindu pada pohon kenanga yang sentiasa gugur di bakul motor saya, rindu pada nasi ayam penyet, rindu pada semua... syukurlah cahaya matahari terbenam di UTM masih sama dengan matahari yang terbenam di Klang ni :)

p/s: pada Nat Cure! sila join contest ni :) dan pada sahbat yang lain.. jom join :)


I am here


sudah cukup lama saya tidak begitu ghairah mengepost pelbagai gambar dan cerita di blog ini. 
tuntutan hidup sebagai seorang kuli yang tersepit dengan politik di tempat kerja, kegilaan mencetus idea baru dan eksibukan yang tidak masuk akal kadang-kadang begitu merimaskan. 
pernah satu saat saya terfikir, saya boleh sahaja memilih untuk meninggalkan semua kecelaruan ini, lantas bersama kamera kembali ke alam fantasi saya sambil mereke cerita bergambar yang mungkin boleh mengembirakan beberapa pembaca.. tapi yang penting sekali kepuasan itu berbalik pada diri ini...

mampukah saya? dan adakah hari itu akan datang?

entah bila akan mengupdate blog ini, namun tak bermaksud ia mati!

di bawah ialah link koleksi violet biru photography di FB.. :)


nikon~




gambar2 semasa Nikon 10 Anniversary di MidValley

hampir2 saya teracun dengan D300 dan D7000.. dan mujur saya tidak membawa atm card mahupun credit card.. jika tidak en.D mesti sudah bermadu~


Belon yang panas

belon panas terbang tinggi

 terbang tinggi dan beriringan =)

paralayang! ini adalah satu dari impian saya =)

tembak!

Belon2 menutup tirai =)

Hot air Ballon Putrajaya.. saya pergi pada hari terakhir dengan kawan baik saya di tempat kerja Sim JM. Thanks Sim sebab temankan saya... hehe

antara tips menarik kalau pergi kemana-mana dengan tujuan photography sila jangan pergi dengan orang tersayang yang tak minat kamera... hehe sebab sepanajang masa anda akan dengar.. bosan, panas dan tak ada apa2.. hehe sungguh mematikan mood menangkap gambar =)

saya sukakan belon panas.. antara impian saya menaiki belon panas dan paralayang bersama orang tersayang. cuma ahad lepas saya pergi bersama Sim dan beliau bukan orang 'tersayanag' yang dimaksudkan jadi saya pun tak bleh naik.. hahaha


yang selalu terbang - part 2

 Berdua lebih baik...
 makan sorang..
 di mana kau..
 waiting for someone?
 
 I go...
 mencari refleksi diri
 terbang pergi...
 apa yang kau tahu?
 itek gembo-gembo =)
itik pulang petang..


gambar2 semasa outing wildlife photography di Bird Park. insyaAllah selepas ini mereka akan ke Zoo Melaka.. jadi jumpa anda di sana =)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB