Subscribe News Feed Subscribe Comments

Promosi: Bengkel Fotografi Digital (19 &20 February)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu program yang dinamakan ' Bengkel Fotografi Digital ' akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang amat bertauliah dan sangat berpengalaman luas iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional ( http://www.bicara-foto.blogspot.com/ )

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Kemudahan surau ada disediakan di Dewan Komuniti ini. Sijil Penyertaan turut disediakan.

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas,

Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)


komen saya: 
Tak rugi pada mereka2 yang punya DSLR dan mahu menggunakan DSLR anda sebaik mungkin... sometimes baca aje pun susah juga.. pergi dan ambil peluang untuk belajar terus dari pakar =)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB