wajah kecil Bajau Laut yang sedang bermain dengan ibu dan abangnya di halaman rumah. saat saya menghampirinya, dia mula menangis. mungkin kerana pelik melihat kamera yang lebih besar dari biasa. ibunya hanya tersenyum dan abangnya terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat adiknya. :)
Anak gadisBajau Laut ini mulanya sedang membantu ibunya dan adiknya pulak sebuk mengajaknya mhu bermain. ketika saya menghalakan kamera padanya dia menjadi kaku dan cuba untuk memberikan pose yang istimewa buat saya :)
dia adalalah si manis Bajau Laut yang begitu ceria. saat saya da kawan-kawan melangkah masuk ke perkampungan Bajau Laut dia asyik meminta wajahnya di potretkan. saya takkan lupakan lebarnya senyuman dia saat saya berhenti dan mengahala kamera padanya. :)
budak lelaki Suluk ini sedang berehat di beranda ketika saya sampai padanya. dia menjadi keliru wajah apa yang harus diberikannya pada saya :)
Suluk girl. dia gugup dan malu saat saya menghampirinya :)
Bajau Laut girls, sedang asyik bermain kad bersama-sama kawannya. apabila dia mengangkat kepala saya terus menekan shutter :)
Suluk girl, dia duduk di tepi rumah sambil memerhatikan rakan sebayanya sedang bermain.
majoriti masyarakat di Mabul Island terdiri dari kaum Suluk dan Bajau Laut. mereka amat peramah dan sekali sekala malu-malu apabila kamera di halakan ke wajah mereka. dengan potret kadang-kadang kita dapat berkongsi kehidupa mereka yang tenang dan penuh bahagia di Mabul Island.
Indah... itulah pendapat saya :)