"keteguhan untuk kekal berdiri"
bunga ini hidup meliar di tepi jalan. sama ada akan kekal hidup atau mati tak kan ada siapa yang peduli. gambar ini saya tangkap di pagi hari sewaktu di UTM. waktu itu saya baru mendapat kamera saya (en.D). latihan setiap pagi bagi saya sesuatu yang sungguh istimewa. kerana cahaya pagi amat cantik dan seolah ada semangat yang mendorong saya untuk tidak putus asa. Nikon D3000 =)
"나무"
pokok ini hidup penuh yakin di UTM. sewaktu saya menangkap pokok ini saya baru sahaja pulang dari pesta konvo di UTM. apa yang anda suka pada pokok2 besar begini? bagi saya pokok ini sentiasa disitu. tidak berubah dan kekal begitu. tak mudahkan mahu menemui orang yang begini =) Nikon D3000
"Gelombang keadilan"
gambar ini ditangkap sewaktu speaker corner yang pertama di UTM (lain gambar). saya kagum melihat sekumpulan anak muda dengan ideologi muda mereka yang berani berdiri di pentas mahasiswa dan melontarkan idea serta gagasan mereka. jika ada sesiapa yang mengatakan mereka ini melakukan perkara yang entah apa-apa. mungkin orang itu patut tunduk malu kerana mereka inilah anak muda yang mempunyai cita-cita. yang mana hidung mereka tidak ampuh dicucuk! Nikon D3000
"Surah terakhir"
ianya adalah satu albm bergambar berserta lirik dari lagu opick (baca sini). tiada yang lain saya harapkan dalam kompilasi gambar2 dalam surah terakhir ini hanya sekadar peringatan dan renungan untuk diri yang sering alpa dan leka. entah kenapa manusia memang selalu harus diperingatkan.. terutama diri ini.. Nikon D3000
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :”Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagi orang-orang yang mahu berfikir” (Surah an Nahl : Ayat 68-69)
gambar dari mutiara rini, saya sukankan macro.. namun closed up juga sudah okay setakat ni =) Nikon D3000
"merakam angin"
gambar ini diambil di Broga Hill.. inilah kali pertama saya ke Broga Hill bersama dengan sahabat2 UTM di Selangor (koleksi Broga). pengalaman mendaki Broga Hill memang sesuatu yang penat tetapi best =) siapa lelaki dalam gambar ini? saya juga tidak tahu. dia adalah lelaki misteri yang mungkin pernah ke sini =) Nikon D3000
"aku ingin mencintaiMu"
gambar ini juga datang dari satu album bersama lirik lagu (baca sini). gambar2 dari album ini ditangkap di mutiara rini, Johor. gambar2 dalam album ini lebih banyak kepada bokeh dan closed up. hm.. sejujurnya saya sukaka gambar2nya.. Nikon D3000
"angin dan lalang"
jika anda ke Broga Hill.. dua perkara ini yang akan menyambut anda (lagi gambar). gambar ini saya tujukan buat semua sahabat2 senegeri saya =) Nikon D3000
-END PART 2-