'bebunga kuning yang mengiringi kepulanganku'
picture ini menyatakan betapa saya sangat obses dengan pokok berdaun kuning ini. seingat saya, saya mula jatuh cinta dengan bunga-bunga kuning yang bertaburan ini sewaktu saya di sekolah menengah. dan setiap kali berjalan pulang di iringi bunga-bunga kuning ini pasti akan mengingatkan saya pada STAR.. ianya sangat bermakna apabila dapat merakamkan moment ini dalam camera Nikon S560 =)
"saya anak Malaysia!"
Picture ini ditangkap sewaktu saya kebosanan di rumah dan merayau di KLCC. saya masih ingat lagi waktu ini camera saya rosak dan saya menggunakan camera compact abang saya. malangnya dia menggunakan bateri 2A dan saya dengan begitu cepat menhabiskan baterinya. Olympus FE-45 =)
"alone dan sendiri"
waktu saya mula berjinak2 dengan FB, saya mula mengenali Chot Touch. dengan gaya sempoi gambar2 candid beliau amat saya kagumi. seolah ada sesuatu yang bercerita dari gambarnya walaupun gambar itu hanya tentang orang yang berjalan di kaki lima. dan masih dengan compact saya meberanikan mengandid mereka yang saya lihat. mentafsirkan setiap moment dengan kata2 agar ceritanya ada. Olympus FE-45.
"kesabaran dalam mencari rezeki"
Ia adalah satu petang yang indah apabila saya dan keluarga menghabiskan masa di Port Dickson. laut yang boleh tahan dan pasir yang cantik. melihat 2 anak kecil sedang menunggu di khemah menanti orang datang menyewa pelampung amat menyentuh hati saya. terdapat juga makcik tua yang menjaja pelampung. bagi saya cuaca sebegini sepatutnya mereka berehat sahaja di rumah. ia menyedarkan tak semuanya mudah dalam hidup ini. bergembiralah menikmatinya. Nikon S560 =)
"I am alone without you"
picture ini sebenarnya mempunya ceritanya. ianya umpama sebuah sajak bergambar yang saya tujukan khas untuk kawan baik saya mei chen (baca sini). apa pun picture ini diambil ketika saya sedang bosan membuat lab psm. terbuktilah kamera peneman setia saya. Nikon S560 =)
"sesuatu yang hadir dengan seribu pengertian"
gambar ini cukup bermakna pada beberapa orang. disini mereka pernah berjanji untuk memikul amanah bersama, untuk saling berkorban demi Islam, dan untuk segalanya demi perjuangan yang tak akan berkesudahan. ada lafaz janji untuk setia.. semoga masa mengotakan segalanya.. Compat Ben-Q
"Pemikir Tua - manusia harus bijak menggunakan strategik agar bahasa otakny dapat dikongsi dan dinikmati ummah.. aku bimbang jika kita terus memendam, perkongsian hanya terulang di layar fikiran dan akhirnya butuh teman hingga terdampar dijalanan"
gambar ini lebih menakutkan saya sebenarnya.. bimbang di hari tua saya juga akan menjadi sendiri.. semoga kehidupan di hari tua kita lebih ceria dan bermakna. harap tiada apa yang perlu dikesalkan... Olympus FE-45
"Semalam dan kelmarin telah berlaru, maka hari ini dan esok bergantung pada kita untuk mengubahnya!"
lorong ini adalah kehidupan saya. sejak kecil hingga kini ia masih disitu. yang berbeza kedai2 yang kadang datang dan berpindah. namun perasaannya masih sama.. my hometown! Nikon S560 =)
END PART 1 =)
4 comments:
salam vB,
nice pic dan interpretasi pic membuatkan kita berfikir ttg kehidupan ini..
nice sharing and moment :).
Nurr Kasih> yup =) semoga next perkongsian lebih menyedarkan =)
salam alaik.
saya jatuh chenta dengan gambar pertama. maknanya, mintak di save.haha
nice!
LPI> sila2. gambar pertama tu adalah gambar pertama yang saya publish di blog ini sewaktu saya mula2 serius dalam sunia photography =)
Post a Comment