ini bukan sunset pertama saya, tapi saya sukakan senset yang ini. matahari kelihatan jelas walaupun saya hanya memakai kit lense 18-55mm. lense yang wide maka langit turut serta menjadi wide. gambar ini ditangkap di kolej 11, UTM dari tingkat 4. pada waktu ini matahari betul2 sama aras dengan saya =)
kawasan ini adalah daerah rahsia saya di UTM. setiap pagi saya selepas solat subuh, selalunya saya akan membaca blog atau duduk sahaja di birai tingkap sambil melihat langit bertukar warna menjadi terang. namun semenjak ada kamera aktiviti pagi sebelum pergi bersarapan adalah bersama kamera sambil menangkap segala apa yang ada di daerah rahsia. sungguh nyaman dan mendamaikan =)
gambar ini diambil semasa outing J.O.M bersama IJAM di Bukit Bintang. merayap di suria KLCC lantas saya menemui framing yang menarik untuk bangunan KLCC saya. ya Saya Anak Malaysia =)
kembali semula ke JB. ini outing pertama saya bersama group PSDC Selatan. Thanks to Pak Ya selaku organizer yang juga banyak memberi tunjuk ajar pada saya tentang slow shutter. masa ini jugalah saya mula menh
Hold My Hand.. gambar dengan konsep BW ni ditangkap sewaktu outing pertama saya bersama Alangraphy Syazwan. wah saya sukakan street candid bersama geng2 photog KL. mereka sangat cool!
pameran Steven McCurry di Muzium Kesenian Islam. wah inilah kali pertama saya melihat secara dekat hasil karya beliau. Awesome! satu hari nanti saya juga akan jadi seperti beliau!
"kisah satu tambah satu".. saya memang suka mengambil gambar perkahwinan. cuma kadang2 saya merasakan tersepit atau terkongkong dalam majlis seperti ini terutama sekali jika menjadi OP (official photographer). jadi saya lebih suka menjadi backup photographer atau photographer halimunan di mana saya bebas berkreativiti.. cuma kadang2 apabila benar2 perlu terpaksa juga jadi OP.. hehe bertukar =)
"15 jun".. ada apa dengan 15 jun? 15 jun cuma hari di pertengahan tahun =)
-END PART 3-
0 comments:
Post a Comment