26 December 2010 - outing bersama dengan Elly ke Pulau Ketam, Klang. walaupun saya anak jati Klang, tapi inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pulau Ketam.
Pulau Ketam terletak di Pelabuhan Klang. untuk ke sana anda perlu menaiki bot yang ada di Pelabuhan Klang (betul2 sebelah stesen KTM Pelabuhan Klang). tambang tiket bot untuk dewasa adalah RM7 sehala. Percaya atau tidak pada hari saya menaiki bot itu hanya saya dan Elly sahaja masyarakat Melayu. Namun rata2 masyarakat Cina yang berkunjung ke Pulau Ketam sangat ramah. jadi jangan bimbang jika anda merasa akan disisihkan. itu semua tidak berlaku di Malaysia =)
perjalanan ke Pulau Ketam mengambil masa kira-kira 45 minit. sesampai di sana anda akan melihat sebuah perkampungan nelayan di atas air. hotel pun atas air.
pengankutan utama di Pulau Ketam adalah basikal. mereka tidak menggunakan kenderaan berenjin. kadar sewa basikal adalah RM5/day.
Rata-rata masyarakat disini adalah nelayan. jadi Pulau Ketam memang fames dengan makanan seafood. berbeza dengan masyarakat Melayu nelayan, masyrakat Cina nelayan lebih cenderung menjadikan lebihan ikan sebagai ikan masin berbanding keropok lekor. jadi jangan cari keropok lekor di Pulau Ketam =)
selain nelayan, aktiviti seperti membaiki bot juga ada disini =)
beginilah kalau sudah namanya nelayan, parking bot pun depan rumah sahaja =)
Rumah Pesara - di rumah ini kebanyakan warga tua datang dan duduk berbicang tentang pelbagai perkara. ada yang datang untuk minum teh dan ada juga yang datang bermain mahjong.
setengah hari saya di Pulau Ketam. terdapat pelbagai tempat menarik disana dengan seni reka yang agak kekampungan. apa pun masyarakat di sini ramah tamah dan senang tersenyum apabila bersua. Pulau Ketam antara destinasi menarik yang patut anda kunjungi jika anda berada di Selangor.
0 comments:
Post a Comment