Subscribe News Feed Subscribe Comments

Japan Aku Datang! - Kawaguchi Lake (Fuji)

Assalamualaikum..

sampai juga bahagian akhir.. refresh balik 2 post sebelum ni tenang backpack ke Jepun first post tentang Tokyo dan second post tentang Hakuba Goryu... dan kali ni nak share pasal tempat ketiga yang kami lawati iaitu Kawaguchi Lake antara tempat untuk view Gunung Fuji.

ada banyak tempat untuk melihat Gunung Fuji tapi kami memilih Tasik Kawaguchi sebab excess yang mudah dan lebih tenang sebab tak payang nak ikut any flow...



untuk ke kawaguchiko station (merupakan station terdekat ke tasik kawaguchi) dari Hakuba Goryu kami naik lebuh kurang 3 train.. route perjalanan adalah seperti di bawah.. ini menggunakan apps HYPERDIA.. dengan apps ni korang boleh budget waktu perjalanan dan jam berapa train semua dan juga fare.. mudahkan!


pemandangan dari dalam train memang asyik.. cantik sangat sebab nak ke kawaguchiko ni akan melalui kawasan bergunung ganang yang osem..

untuk fujikyu railway ni dalam dia comel sangat ada picture kartun dan gunung fuji.. kami sampai ke kawagchiko station dalam jam 6:17pm dan waktu tu langit dah gelap.. dalam musim winter waktu siang lebih pendek.. sampai je call guesthouse untuk datang jemput. dah tak larat dah nak berjalan sebab dah pasang niat dekat kawaguchi ni nak lepak2 je..

plannya sampai je dekat hostel nak letak beg dan terus ke onsen.. tapi tak jadi sebab onsen ni walaupun dia seperate lelaki dan perempuan tetapi must fully naked.. ikut hat ok je tapi aurat beb aurat.. ak penah baca ada yang private punya tapi poket nipis macam aku ni alahaiii.. dan pemandangan onsen ni pun biasa2 je so tak palah...

malam tu kami lepak dekat guest house nak kuar jalan luar sejuk sangat.. lepak dan memasak hehehe then borak2 sampai larut malam..

esoknya pagi2 dan hunting sunrise.. alhamdulillah pemandangan pagi sangat tak mengecewakan.. Fuji jelas kelihatan... insyaAllah Fuji satu hari nanti (target tahun depan bulan 7) ak datang kembali.. kih222 menunaikan janji untuk mendaki mu.. ok boleh start riki tiket flight dr sekarang...

ok jom layan picture... cter banyak pun tak guna hehehe


 weee mengabadikan picture diri di depan gunung Fuji... sabar eh Fujisan nanti aku datang lagi!

 cantikkan! kalau musim sakura ni memang penuh bunga sakura dekat ranting tu.. 

 Alhamdulillah cuaca sangat baik.. dapat lihat jelas Gunung Fuji!

 kawaguchi Lake ni luas jugak boleh nampak ramai orang joging sekitar.. masa pagi tu aku tawaf abis satu lake ni.. angin pagi tu sejuk amat!

 disebabkan nak berlindung dari angin yang maha sejuk.. aku pun masuk dalam tourist center dan nampak benda ni.. maka terbelilah fries!

 fries panas, ayaq teh panas dan pagi yang sejuk.. fuhhh asikkkk!!


 tak paham aku sejuk2 macam ni pun gigih gak local memancing siap masuk dalam tasik.. agaknya ikan apa lah yang dorang dapat tu?

 seronoknya kalau hari2 pergi kerja laluan dia macam ni.. haish!

 nampak tu salji? tak tipukan sini memang sejuk amat!

 welcome!

oklah sampai disini dulu.. ada masa saya tulis tentang tips backpack di Jepun.. currently tengah busy sedikit study for next travel... doakan saya!




Japan Aku Datang! - Hakuba Goryu

Assalamualaikum...

sambungan untuk perkongsiaan tentang trip ke Jepun.. yup kami pergi Jepun 2 minggu yang sudah (7/2/15 till 15/2/15). untuk 4 hari pertama banyak masa dihabiskan di sekitar bandar Tokyo dan kemudian kami berpindah ke Hakuba yang terletak di area Nagano dengan misi utama untuk bermain salji.

untuk pengetahuan Hakuba ni merupakan pusat ski yang fames di Japan.. sukan olimpik ski diadakan di sini.. pusat ski di Hakuba hanya di buka pada bulan Dec sehingga March sahaja kerana pada waktu ini menerima taburan salji yang tinggi,, cenggitulah~

dari Shinjuku kami menaiki bus (Highland Express) untuk ke Hakuba dengan tambang sekitar 4350yen. perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. 2 kali berhenti rehat.

sepanjang perjalanan dalam bas teruja sangat bila melihat ke luar tingkap sebab mula melihat kawasan diliputi salji dan gunung ganang yang sangat osem.

sesampai saje di Hakuba tersalah turun station, sepatutnya kami turun di station hakuba goryu tetapi disebabkan malam dan teruja dengan salji sedar2 dah sampai hakuba happo one. namun tak usah risau ada bas malam yang menghubungkan resort2 sekitar hakuba.. untuk menaiki bas di hakuba juga mudah dengan system warna dan timetable yang sangat tepat dan mudah difahami.

akhirnya sampai jugak dekat guesthouse.. kami menginap di K's House Hakuba.. seriusly aku suka gila guest house ni.. sebab dia ada tempat lepak ruang tamu yang dinding dia kaca so ko boleh lihat luar especially time salji sangat cantik!

di Hakuba kami duduk 3 hari 2 malam. hari ke dua tu memang full day main salji dan ber ski.. antara kami beremoat sorang aje yang cuba ski yang lain semua main snowboard termasuklah ak.. percaya atau tak snowboard tu amatlah mudah dipelajari dan sangat best!

untuk rental snowboard, jacket, seluar, google dan boot kami dapat 30% off sebab menginap di K's House so total rental dalam 5000++ yen termasuk insurance.. kalau nak naik skylift ada bayaran lain sama ada nak amik 1 day pass atau single fare untuk lift.. untuk yang baru berjinak macam kami ni better amik single fare utk lift sebab baru nak blaja kan...

ok hayatilah picture2 di bawah.. Hakuba ni serius sangat cantik! kalau datang ke Tokyo waktu winter dan ada beli JR east pass boleh la pergi sini sebab cover shinkasen asama ke nagano... or else naik bas pun ok!

 yeah di usia emas ni barulah dapat menikmati main salji! kihkihkih

 pemandangan di sekitar guest house.. salji di hakuba sangat tebal.. pagi2 ada jentolak yang akan datang membersihkan salji disekitar

 anjing yang macam beruang.. nampak je ganas rupanya anjing ni malu2 kucing.. ceh

 bas berwarna yang boleh digunakan untuk bergerak di tempat2 sekitar Hakuba

 pemandangan dari dalam guesthouse.. cantikkan! nampak tak meja hujung tu namanya kotatsu.. kan situlah aku selalu melangut pagi2 sambil melihat keluar! ada satu pagi tu salji turun pemandangannya cukup osem!

 yeah yeah ready nak men ski and snowboard!

 sorry kalau saya macho sangat! heheh

 owhhh selesanya dapat baring macam ni sambil melihat langit!

 pemandangan pekan Hakuba

 malamnya salji turun dengan lebat so bila pagi inilah pemandangannya!

tebalkan salji...

ok sekian dulu.. nantikan sambungan di kawaguchi pula.. heeeeeee


Japan aku datang! - Tokyo

Japan Aku Datang...

alhamdulillah macam tak percaya akhirnya sampai jugak dekat Japan/Nippon/Jepun...

terima kasih kepada AA sebab tiket promo murah yang membawa kami ke sana.. misi 8 hari sekitar Tokyo, hakuba dan kawaguchiko..

serba ringkas tentang travel kali ni kami pergi berempat dengan misi utama nak main salji.. trip ni kami pergi di bulan February.. kata kawan di Jepun bulan February adalah bulan di mana Jepun menerima taburan salji paling tinggi.. Jepun ni walaupun negara 4 musim tapi tak semua tempat confirm ada salji.. selalunya Hokaido tempat bersalji dan other kawasan tanah tinggi macam pergunungan akan bersalji.

jadi trip kami ni meliputi 4 hari di Tokyo.. di Tokyo focus kami pada anime dan layan apa yang ada dekat city... kemudia 3 hari di Hakuba yang merupakan tempat luncur salji yang fames di Jepun.. jaraknya sekitar 5 jam dengan bas dari Tokyo dan 2 hari di kawaguchi Lake untuk menikmati panorama gunung Fuji.. kata kawan waktu winter adalah waktu yang sangat sesuai untuk melihat gunung Fuji...

Jepun negara yang mahal? rasanya budget terpulang pada individu.. disebabkan saya cheapskate perlukan study yang lebih untuk meminimumkan budget. alhamdulillah trip kali ni total dalam rm1800 sahaja termasuk hostel, transport dan attraction without flight ticket. ermm makan tu ada yang masak dan ada juga makan makanan Japan... heeee

4 hari yang pertama duduk di Tokyo.. sepanjang 2 hari pertama di Tokyo saya amik unlimited metro pass yang boleh di beli di Haneda Airport pada kadar 1200yen or boleh beli di machine cuma harganya mahal 100 yen dan tak cover Toei.. tips membeli pass di Japan ni bergantung pada mana tempat kita nak cover.

ada orang beli JR Pass tapi macam saya metro pass sudah cukup. 2 hari pertama kami ke area (day 1 - Shinjuku, Shibuya, Harajuku + Odaiba) dan (day 2 - Asakusa, Akihaibara, Ueno)

untuk day 3 saya just bayar single fare je sebab kami nak seharian di DisneySea jadi lebih jimat bayar single fare. untuk day 4 pun single fare kami ke Gibli Museum dan kemudian naik bas ke Hakuba...

layan picture dulu sekitar Tokyo.. kalau ada apa2 soalan tentang Japan especially Tokyo boleh PM insyaAllah akan cuba membantu... heheh excited nak share info dengan orang lain.. sebab masa nak pergi ni dapat banyak info dari orang lain so sekarang adalah masa untuk memberikan kembali pada orang lain ... semoga bermanfaat!

 Ikebukuro! our first stop at Tokyo... sampai Haneda airport dah malam maka tidur di airport, esoknya pagi2 dah naik monorail dari Haneda ke Shimbashi dan kemudia naik JR ke Ikebukuro.. kemudian campak beg ke Sakura Hostel Ikebukuro.. 

 1st day di Tokyo Hari Ahad, maka berkejaran ke Harajuku konon nak tengok costplay.. mungkin sebab sejuk tak jumpa pulak maka morning walk kami ke meiji shrine.. heheh nice walk sampai sesat ke yoyogi park.. gila ko berjalan dari Harajuku sampai sana.. 

 Takeshita dori... memang fames dekat Harajuku ni.. dia macam pusat fashion yang pelik2. dalam street ni juga ada Daiso terbesar yang korang boleh borong souvenir pada yang berbudget kecik.. kalau budget besar pergi Asakusa sana borong la kaw2.. 

 dekat Harajuku ni memang fames creepe dia.. kita orang berempat beli satu share 4 orang.. nyata tak kedekutnya?

 3 orang budak lelaki kepenatan naik turun subway... kih222

 our route to Daiba.. motipnya nak jumpa gergasi bawah ni

 yeah encik Gundam yang tak leh terbang cuma boleh toleh2 kepala je.. mampu ko?

 Daiba at night! selain dari Gundam ada juga liberty statue ni dan rainbow bridge yang popular dan fuji tv building

 Balik dari Daiba terus serbu Shibuya sebab nak main kejar2 dekat Shibuya crossing ni.. 

 day 2 morning saya di Tokyo Goverment building di sebelah south side. dia ada open 2 deck dekat south and north tapi pemandangan dari south ni lebih osem! kalau nasib baik boleh nampak gunung fuji... but weather masa saya tengok ni tak ok so dapat view city je.. 

 Shibuya crossing ni memang best.. kami repeat lagi untuk morning view.. kih222

 Nakamise street di Asakusa.. kalau anda punya budget lebih boleh ke sini untuk cari souvenir.. di sini terdapat SensoJi temple yang fames di Tokyo.. sebolehnya datang waktu weekdays kalau weekend tempat ni sangat sesak..

 berdekatan dengan Asakusa boleh jalan kaki ke Sumida River untuk view Tokyo Skytree yang osem... kami tak naik Tokyo Skytree ni sebab err budak2 ni semua bangun lambat... hahah

 bergambar dengan gadis2 local di Asakusa... kawaiiii!!!

 HRC Ueno! buat pengemar HRC! harga tshirt hard rock di Japan lebih murah compare other country.. 

 malam lepak di Akihaibara... games dan manga city!

 antara picture waktu di DisneySea! datang waktu weekdays pun banyak orang jugak huhuhu

di Gibli Museum.. untuk peminat anime ini tempat wajib pergi.. hehhe



Primadona Myanmar



Nenek tua di Myanmar... beliau saya jumpa di sebuah perkampungan di Bagan.. orangnya sangat bersahaja dan mudah didekati.. lagaknya saling tak ubah seperti primadona.. dengan cerutnya sahaja dia bisa membuat posing-posing yang begitu unik dan mengujakan seorang photographer yang meminati human interest..

lawatan ke Myanmar bersama group Perak Man adalah yang terbaik buat saya...

nantikan lagi gambar yang akan diupload.. seperti biasa tak semua yang diupload di sini diupload di FB :D


penyerahan & pengharapan




kembali kepada penipta... dalam susah dan senang.. dalam ada dan tiada..

jangan berhenti bersyukur.. Tuhan sentiasa ada untuk kita.. dan seharusnya kita lebih dari itu... 


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB