Subscribe News Feed Subscribe Comments

Japan Aku Datang! - Hakuba Goryu

Assalamualaikum...

sambungan untuk perkongsiaan tentang trip ke Jepun.. yup kami pergi Jepun 2 minggu yang sudah (7/2/15 till 15/2/15). untuk 4 hari pertama banyak masa dihabiskan di sekitar bandar Tokyo dan kemudian kami berpindah ke Hakuba yang terletak di area Nagano dengan misi utama untuk bermain salji.

untuk pengetahuan Hakuba ni merupakan pusat ski yang fames di Japan.. sukan olimpik ski diadakan di sini.. pusat ski di Hakuba hanya di buka pada bulan Dec sehingga March sahaja kerana pada waktu ini menerima taburan salji yang tinggi,, cenggitulah~

dari Shinjuku kami menaiki bus (Highland Express) untuk ke Hakuba dengan tambang sekitar 4350yen. perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. 2 kali berhenti rehat.

sepanjang perjalanan dalam bas teruja sangat bila melihat ke luar tingkap sebab mula melihat kawasan diliputi salji dan gunung ganang yang sangat osem.

sesampai saje di Hakuba tersalah turun station, sepatutnya kami turun di station hakuba goryu tetapi disebabkan malam dan teruja dengan salji sedar2 dah sampai hakuba happo one. namun tak usah risau ada bas malam yang menghubungkan resort2 sekitar hakuba.. untuk menaiki bas di hakuba juga mudah dengan system warna dan timetable yang sangat tepat dan mudah difahami.

akhirnya sampai jugak dekat guesthouse.. kami menginap di K's House Hakuba.. seriusly aku suka gila guest house ni.. sebab dia ada tempat lepak ruang tamu yang dinding dia kaca so ko boleh lihat luar especially time salji sangat cantik!

di Hakuba kami duduk 3 hari 2 malam. hari ke dua tu memang full day main salji dan ber ski.. antara kami beremoat sorang aje yang cuba ski yang lain semua main snowboard termasuklah ak.. percaya atau tak snowboard tu amatlah mudah dipelajari dan sangat best!

untuk rental snowboard, jacket, seluar, google dan boot kami dapat 30% off sebab menginap di K's House so total rental dalam 5000++ yen termasuk insurance.. kalau nak naik skylift ada bayaran lain sama ada nak amik 1 day pass atau single fare untuk lift.. untuk yang baru berjinak macam kami ni better amik single fare utk lift sebab baru nak blaja kan...

ok hayatilah picture2 di bawah.. Hakuba ni serius sangat cantik! kalau datang ke Tokyo waktu winter dan ada beli JR east pass boleh la pergi sini sebab cover shinkasen asama ke nagano... or else naik bas pun ok!

 yeah di usia emas ni barulah dapat menikmati main salji! kihkihkih

 pemandangan di sekitar guest house.. salji di hakuba sangat tebal.. pagi2 ada jentolak yang akan datang membersihkan salji disekitar

 anjing yang macam beruang.. nampak je ganas rupanya anjing ni malu2 kucing.. ceh

 bas berwarna yang boleh digunakan untuk bergerak di tempat2 sekitar Hakuba

 pemandangan dari dalam guesthouse.. cantikkan! nampak tak meja hujung tu namanya kotatsu.. kan situlah aku selalu melangut pagi2 sambil melihat keluar! ada satu pagi tu salji turun pemandangannya cukup osem!

 yeah yeah ready nak men ski and snowboard!

 sorry kalau saya macho sangat! heheh

 owhhh selesanya dapat baring macam ni sambil melihat langit!

 pemandangan pekan Hakuba

 malamnya salji turun dengan lebat so bila pagi inilah pemandangannya!

tebalkan salji...

ok sekian dulu.. nantikan sambungan di kawaguchi pula.. heeeeeee


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB