Subscribe News Feed Subscribe Comments

Japan Aku Datang! - Kawaguchi Lake (Fuji)

Assalamualaikum..

sampai juga bahagian akhir.. refresh balik 2 post sebelum ni tenang backpack ke Jepun first post tentang Tokyo dan second post tentang Hakuba Goryu... dan kali ni nak share pasal tempat ketiga yang kami lawati iaitu Kawaguchi Lake antara tempat untuk view Gunung Fuji.

ada banyak tempat untuk melihat Gunung Fuji tapi kami memilih Tasik Kawaguchi sebab excess yang mudah dan lebih tenang sebab tak payang nak ikut any flow...



untuk ke kawaguchiko station (merupakan station terdekat ke tasik kawaguchi) dari Hakuba Goryu kami naik lebuh kurang 3 train.. route perjalanan adalah seperti di bawah.. ini menggunakan apps HYPERDIA.. dengan apps ni korang boleh budget waktu perjalanan dan jam berapa train semua dan juga fare.. mudahkan!


pemandangan dari dalam train memang asyik.. cantik sangat sebab nak ke kawaguchiko ni akan melalui kawasan bergunung ganang yang osem..

untuk fujikyu railway ni dalam dia comel sangat ada picture kartun dan gunung fuji.. kami sampai ke kawagchiko station dalam jam 6:17pm dan waktu tu langit dah gelap.. dalam musim winter waktu siang lebih pendek.. sampai je call guesthouse untuk datang jemput. dah tak larat dah nak berjalan sebab dah pasang niat dekat kawaguchi ni nak lepak2 je..

plannya sampai je dekat hostel nak letak beg dan terus ke onsen.. tapi tak jadi sebab onsen ni walaupun dia seperate lelaki dan perempuan tetapi must fully naked.. ikut hat ok je tapi aurat beb aurat.. ak penah baca ada yang private punya tapi poket nipis macam aku ni alahaiii.. dan pemandangan onsen ni pun biasa2 je so tak palah...

malam tu kami lepak dekat guest house nak kuar jalan luar sejuk sangat.. lepak dan memasak hehehe then borak2 sampai larut malam..

esoknya pagi2 dan hunting sunrise.. alhamdulillah pemandangan pagi sangat tak mengecewakan.. Fuji jelas kelihatan... insyaAllah Fuji satu hari nanti (target tahun depan bulan 7) ak datang kembali.. kih222 menunaikan janji untuk mendaki mu.. ok boleh start riki tiket flight dr sekarang...

ok jom layan picture... cter banyak pun tak guna hehehe


 weee mengabadikan picture diri di depan gunung Fuji... sabar eh Fujisan nanti aku datang lagi!

 cantikkan! kalau musim sakura ni memang penuh bunga sakura dekat ranting tu.. 

 Alhamdulillah cuaca sangat baik.. dapat lihat jelas Gunung Fuji!

 kawaguchi Lake ni luas jugak boleh nampak ramai orang joging sekitar.. masa pagi tu aku tawaf abis satu lake ni.. angin pagi tu sejuk amat!

 disebabkan nak berlindung dari angin yang maha sejuk.. aku pun masuk dalam tourist center dan nampak benda ni.. maka terbelilah fries!

 fries panas, ayaq teh panas dan pagi yang sejuk.. fuhhh asikkkk!!


 tak paham aku sejuk2 macam ni pun gigih gak local memancing siap masuk dalam tasik.. agaknya ikan apa lah yang dorang dapat tu?

 seronoknya kalau hari2 pergi kerja laluan dia macam ni.. haish!

 nampak tu salji? tak tipukan sini memang sejuk amat!

 welcome!

oklah sampai disini dulu.. ada masa saya tulis tentang tips backpack di Jepun.. currently tengah busy sedikit study for next travel... doakan saya!




0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB