Subscribe News Feed Subscribe Comments

comel sepenuhnya














Newborn, Babies, Children and Family Photography 
by 
violet biru photography

1.5 hours per session

unlimited shots returned

40 pcs selected 4R print in mini sticky album

with beautiful words =)

wanna try ? ----> violetbiru@gmail.com

***available in klang valley only


budak comot











comot tapi comel.. =)

thanks God I have you in my life =)


i did it my way


melukis di buku nota sementara menunggu waktu kerja habis.. hehe antara cara memotivasikan diri =)

thanks to mei chen for beautiful words =)


Can't Take My Eyes Off You



baru baru ini saya rasa saya sudah jatuh cinta...

saya jatuh cinta dengan bau nescafe panas yang saya minum setiap pagi sebelum pergi kerja =)

saya jatuh cinta dengan waktu pagi setiap kali saya lalu di hadapan sekolah dan melihat beberapa murid sedang melintas di hadapan saya dengan wajah yang cukup ceria =)

saya jatuh cinta setiap kali saya melalui jambatan klang dan saya dapat melihat matahari terbit dengan sangat cantik. warnanya cukup menyenangkan =)

saya jatuh cinta dengan orang2 yang berada disekeliling saya waktu kami melalui 15 traffic light untuk ke tempat kerja =)

saya jatuh cinta dengan meja kerja saya dan buku catatan saya kerana saya lebih banyak menghabiskan masa bersama mereka... =)

saya suka cinta yang begini, tenang dan menyenangkan.. mungkin tak ada kene mengena dengan gambar tapi saya jatuh cinta dengan semua perkara yang saya ada =)


alhamdulillah =)


what makes you different...

untuk 5 orang adik saya di KTDI... 

"Jadilah diri anda sendiri kerana anda adalah yang terbaik dan jangan pernah menolak peluang yang datang untuk menjadikan anda lebih baik..."



yang tertinggal






saya tiada kata2 semangat atau motivasi atau apa2 kata mendalam untuk gambar2 ini kerana saya sendiri memerlukan motivasi untuk diri saat ini.. =)

ini adalah antara gambar terbaru dan terakhir yang dapat saya upload. dengan terupload gambar ini hati saya sedikit lapang seolah2 tak ada berhutang.. mungkin kerana memikirkan hari mendatang yang bakal akan sebok dan kacau dan tension...

mungkin sedikit pengajaran dari gambar ini, 

mereka hanya kecil.. sesiapa tak melihat dengan mata pasti terpijak dan lantas kematian menemukan mereka. namun dalam terbentangnya lautan mereka masih terus hidup tanpa pernah sesaat mengeluh atau mogok beramai2 denagn aturan yang Tuhan sediakan buat mereka. maka apa kunci kesabaran mereka?

sabar dan ikhlas dalam apa yang kamu kerjakan hanya keranaNya...
Tuhan ajarkan aku makna ikhlas agar aku lebih bersyukur dan redha dalam setiap ujianMu...


semakin mengecil...


SRK Convent 1 Klang...

bosan duduk di rumah saya merayau dengan kamera dan berhenti seketika di hadapan sekolah rendah saya. sempat bersekolah di sini dari darjah 1 hingga darjah 3. sekolah perempuan memang tak sama dengan sekolah campur. miss all my friend.. teringat saya dan puvidya selalu lari dari kelas (pura2 ke bilik kesihatan) menyelinap ke sekolah menengah convent di belakang sekolah ni untuk melihat kehidupan kakak2 yang jauh lebih advance =) kemudian melepak di dewan yang menempatkan 2 buah piano. main piano sampai bunyi bising piano menarik minat cikgu disiplin untuk datang mengejar kami dengan pembaris panjang. malangnya tak jumpa maka bermulalah rumors yang mengatakan ada hantu main piano.. tergelak2 saya sepanjang melalui semua tempat yang pernah saya main (masuk sekolah konon2 nak jumpa adik)...

semuanya semakin mengecil atau kita yang semakin membesar? =)


sepetang di jambatan klang












Aku hanya ingin Kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamaMu

gambar2 diambil di atas jambatan sungai klang sekitar jam 6.30pm.. memang dah lama teringin nak shoot kat sini. cuma hari ni shoot di angle yang tinggi sepatutnya pergi bawah jambatan. tak pa next time =) walaupun tak mantap dalam landscape tapi nak try gak =)

klang bandar di raja =)

Self-Portrait (part15)


budak poyos beraksi semasa outing manic~mind.. walau hanya dengan d3000 dan kit lense menyelinap disebalik kamera2 besaq dan mahal. do i care? ilmu tu kena ragut di mana2 =)


gejala sihat di malam hari.. sewaktu outing bersama alang di BB.. jauhkan diri anda dari budak2 shapel di sekitar BB.. huhu sangat menakutkan.. tapi kena stay cool baru nampak macho dengan kamera =)

pic pertama: Siti Fatimah Tim
pic ke dua: dok ingat~


tepak sirih










tepak sirih. hanya dapat dilihat di majlis kenduri sahaja. kali terakhir saya melihat tepak sirih secara dekat waku saya darjah 6 itupun kotaknya berwarna hitam. wedding baru2 ni saya berpeluang melihat tepak sirih dan yang bestnya kotaknya berwarna merah. sebenarnya saya tak pernah lihat bagaimana rupa sebenar bahagian dalam kotak tepak sirih. dan apabila berpeluang menghabiskan masa dengan kotak tepak sirih ini maka.....

warisan sepanjang zaman =)


yang kekal


"walau seberapa dalam, walau seberapa kuat tekanan, kesan jejak ini pasti akan hilang.. hilang bersama waktu... namun ada satu yang tak kan hilang.. kebenaran yang kamu telah memijaknya.."


refleksi diri


"ada beberapa perkara yang anda perlu fikirkan sendiri dan mentafsirkan sendiri bagi lebih mengenali siapa diri anda. tak semua perkara kita perlukan orang lain sebagai refleksi. cukup kita meluangkan masa untuk diri sambil memikirkan berapa banyak kesilapan dan berapa banyak pembetulan yang kita lakukan..."


lokasi: pantai kelanang (sebelah morib)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB