Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label en.D aka "kau". Show all posts
Showing posts with label en.D aka "kau". Show all posts

Tanjung Karang, Selangor


saya dan kawan2 ditempat keje meluangkan hujung minggu kami di bendang utk menangkap ikan. dalam kesempatan itu saya pun berslow shutter di bawah atahari terik jam 2pm. Tuhan aje yang tahu panasnya bagaimana.. rasa nak hirup aje air dari tali air tu. bendang memang best. nyaman dan tenang :D


Cinta di Mabul Island - part 3





dalam version wide... nanti ada masa upload lagi :)



Cinta di Mabul Island - part 2


di mana ada anak-anak, di situ ada senyuman :)

 generasi tua yang tak pernah kenal erti lelah 

remaja ini sedang membaiki bot utk diguna waktu pelayaran nanti

kakak dan adik

 berkedai di hadapan rumah :)

 inilah kehidupan, juga kebahagian yang sukar diertikan :)

 adik dan kakak suku bajau

 anak kecil dan bot umpama basikal buat mereka :)

 menunggu untuk bermain :)

anak kecil ini menangis selepas saya menangkap gambarnya.. sorry ya adik :)


kehidupa di Mabul amat jauh berbeda dengan kehidupan saya di kota. di malam hari suasana begitu gelap sehingga saya bisa mengira bintang di langit. di pagi hari anak-anak kecil bermain kanu yang dibuat dari tong biru yang dibelah dua. mereka ke tengah laut untuk menangkap ikan. berbeza jika di sini anak-anak kecil mungkin sedang bermai play station atau bermain pondok2. tiada jalan raya yang ada denai2 berjalan kaki. tiada mcD, KFC mahupun kedai makan berhawa dingin. tiada kedai mejual minuman berais kerana waktu jam 10am sehingga 4.00pm tiada bekalan electrik. mula-mula saya rasa akan mati kalau duduk lama di sini. tapi setelah lama, duduk di anjung saat senja berlabuh sambil mendengar deruan ombak, bangun pagi melihat anak2 kecil terjun ke laut semuanya jadi indah.. kadang2 kebahagian datang dalam makna yang sungguh berbeda :)


Cinta di Mabul Island - part 1

wajah kecil Bajau Laut yang sedang bermain dengan ibu dan abangnya di halaman rumah. saat saya menghampirinya, dia mula menangis. mungkin kerana pelik melihat kamera yang lebih besar dari biasa. ibunya hanya tersenyum dan abangnya terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat adiknya. :)


Anak gadisBajau Laut ini mulanya sedang membantu ibunya dan adiknya pulak sebuk mengajaknya mhu bermain. ketika saya menghalakan kamera padanya dia menjadi kaku dan cuba untuk memberikan pose yang istimewa buat saya :)


dia adalalah si manis Bajau Laut yang begitu ceria. saat saya da kawan-kawan melangkah masuk ke perkampungan Bajau Laut dia asyik meminta wajahnya di potretkan. saya takkan lupakan lebarnya senyuman dia saat saya berhenti dan mengahala kamera padanya. :)


budak lelaki Suluk ini sedang berehat di beranda ketika saya sampai padanya. dia menjadi keliru wajah apa yang harus diberikannya pada saya :)


Suluk girl. dia gugup dan malu saat saya menghampirinya :)


Bajau Laut girls, sedang asyik bermain kad bersama-sama kawannya. apabila dia mengangkat kepala saya terus menekan shutter :)


Suluk girl, dia duduk di tepi rumah sambil memerhatikan rakan sebayanya sedang bermain. 


majoriti masyarakat di Mabul Island terdiri dari kaum Suluk dan Bajau Laut. mereka amat peramah dan sekali sekala malu-malu apabila kamera di halakan ke wajah mereka. dengan potret kadang-kadang kita dapat berkongsi kehidupa mereka yang tenang dan penuh bahagia di Mabul Island. 
Indah... itulah pendapat saya :)


en-TT di Mabul Island

Alhamdulillah akhirnya saya dan kawan2 dapat juga sampai ke Mabul Island.

bertolak pada pai Khamis dan tiba di sandakan di sambut oleh Tim dan Elly.. sehari kami menghabiskan masa di Sandakan dengan merayau di sekitar bandar dan sepilok park. kemudian pagi jumaat kami menaiki bas ke semporna. perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. sampai di semporna kami menaiki bot ke Mabul Island yang mengambil masa kira2 1 jam 30 minit di atas bot.

indah! itu lah yang saya rasakan. tenang dan menyamankan.. sesampai di sana kami di sambut dengan taburan tapak sulaiman di air yang hijau jernih, anak2 kecil yang bermain kanu buatan sendiri, tenang dan mendamaikan...

Mabul... satu rasa yang indah menjalar di segenap jiwa :)


Pasir Panjang, Pord Dickson






Gambar2 ini ditangkap sewaktu saya mengikuti bengkel For Better Exposure yang mana tenaga penagjarnya Warnaiman dan Teck

banyak yang dipelajari.. bak kata Warnaiman, sekali belajar tak boleh lagi dapat gambar power.. kena polish tiap2 hari..

:)

nikon~




gambar2 semasa Nikon 10 Anniversary di MidValley

hampir2 saya teracun dengan D300 dan D7000.. dan mujur saya tidak membawa atm card mahupun credit card.. jika tidak en.D mesti sudah bermadu~


yang selalu terbang - part 2

 Berdua lebih baik...
 makan sorang..
 di mana kau..
 waiting for someone?
 
 I go...
 mencari refleksi diri
 terbang pergi...
 apa yang kau tahu?
 itek gembo-gembo =)
itik pulang petang..


gambar2 semasa outing wildlife photography di Bird Park. insyaAllah selepas ini mereka akan ke Zoo Melaka.. jadi jumpa anda di sana =)


yang selalu terbang - part 1


kau pergi...

menikmati rezeki. =)

menjadi sendiri..

keangkuhan?

aku tak bertahan dibiar sendiri..

nature beauty...

dari pandangan sisi..

boleh pandang-pandang..

itarakimas.. =)

tiru macam saya =)

gambar2 semasa outing WIldlife Photography di Bird Park.. apa yang boleh saya katakan memang sangat best =)
burung2 di Bird Park memang Diva.. (bak kata Elly)
mostly saya guna nature light dan push ISO ke 800.. maka noiselah gambar.. apapun saya tetap sukakannya.. tak semua noise tu buruk..
'noise tu adalah usaha photographer untuk mencantikkan gambar dengan memerah keringat kamera'-vB



meL

masih kosong seperti selalu.. entah ke mana, tapi akan sentiasa di situ...

kita penah mengisi kekosongan ini.. walaupun tampak sunyi tapi meriah dengan seribu cerita...

apa yang dinanti? pandangan apa yang begitu misteri? sebuah jawapan yang masih belum diperolehi...

saat sudut pandangan ini.. seribu cerita dan berjuta rasa telah diertikan...


laluan bahagia.. yang kadang2 penuh tanda tanya.. yang kadang2 penuh luka tapi tetap bahagia...

saat 2 orang sahabat duduk menghadap padang sambil bercerita tentang masa depan.. dan tentang meL...

 saat pulang lewat dari sekolah.. menunggu dan mentelaah sendirian disini.. banyak cerita bahagia tentang kita semua di sini =)

bangku yang masih setia disitu.. cuma orang selalu setia disitu saje sudah sementara pergi.. pasti akan kembali.. tapi entah bila...

 bukankah sepatutnya disini punya pondok telefon.. saat aku, kau dan dia saling menggunakannya.. kenakalan kita bermula disini juga!

 hari rabu yang happening.. saat kita (meL) sama2 bermain ping-pong disini.. dan antara kita saling mengutip bola dan memerhati...

 inilah kebahagian dan kesenangan saya saat pulan dari sekolah.. aku berjalan kaki, kau menaiki kereta dan dia menaiki basikal.. saat bunga2 kuning berguguran.. saat persahbatan menjadi sesuatu yang indah.. yang kita tangiskan apabila semuanya berakhir saat masing2 membawa haluan sendiri...

esperando una respuesta...
 segalanya hanya di STAR04... 
ianya sangat indah apabila setiap pagi bangun dan bersiap untuk ke sekolah.. entah apa yang istimewanya tapi menjadi saya di STAR dan mempunya meL disisi buat saya gembira..andai punya kuasa ajaib mahu saje saya kembali ke moment itu.. ponteng class, nasi lemak kantin, ping pong, pondok telefon, padang, hari sukan, perhimpunan pagi, ujian, saat banjir bila hujan, makmal sains, kelab fotografi, dan meL semuanya begitu bererti.. =)

p/s : picture dari sekolah saya STAR.. berhempas pulas saya memanjat pagar dan berkejaran dengan pak gurd pagi tadi =) hanya sesuatu yang indah untuk di kongsikan.. my beautiful life =)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB