Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

meL

masih kosong seperti selalu.. entah ke mana, tapi akan sentiasa di situ...

kita penah mengisi kekosongan ini.. walaupun tampak sunyi tapi meriah dengan seribu cerita...

apa yang dinanti? pandangan apa yang begitu misteri? sebuah jawapan yang masih belum diperolehi...

saat sudut pandangan ini.. seribu cerita dan berjuta rasa telah diertikan...


laluan bahagia.. yang kadang2 penuh tanda tanya.. yang kadang2 penuh luka tapi tetap bahagia...

saat 2 orang sahabat duduk menghadap padang sambil bercerita tentang masa depan.. dan tentang meL...

 saat pulang lewat dari sekolah.. menunggu dan mentelaah sendirian disini.. banyak cerita bahagia tentang kita semua di sini =)

bangku yang masih setia disitu.. cuma orang selalu setia disitu saje sudah sementara pergi.. pasti akan kembali.. tapi entah bila...

 bukankah sepatutnya disini punya pondok telefon.. saat aku, kau dan dia saling menggunakannya.. kenakalan kita bermula disini juga!

 hari rabu yang happening.. saat kita (meL) sama2 bermain ping-pong disini.. dan antara kita saling mengutip bola dan memerhati...

 inilah kebahagian dan kesenangan saya saat pulan dari sekolah.. aku berjalan kaki, kau menaiki kereta dan dia menaiki basikal.. saat bunga2 kuning berguguran.. saat persahbatan menjadi sesuatu yang indah.. yang kita tangiskan apabila semuanya berakhir saat masing2 membawa haluan sendiri...

esperando una respuesta...
 segalanya hanya di STAR04... 
ianya sangat indah apabila setiap pagi bangun dan bersiap untuk ke sekolah.. entah apa yang istimewanya tapi menjadi saya di STAR dan mempunya meL disisi buat saya gembira..andai punya kuasa ajaib mahu saje saya kembali ke moment itu.. ponteng class, nasi lemak kantin, ping pong, pondok telefon, padang, hari sukan, perhimpunan pagi, ujian, saat banjir bila hujan, makmal sains, kelab fotografi, dan meL semuanya begitu bererti.. =)

p/s : picture dari sekolah saya STAR.. berhempas pulas saya memanjat pagar dan berkejaran dengan pak gurd pagi tadi =) hanya sesuatu yang indah untuk di kongsikan.. my beautiful life =)


Can't Take My Eyes Off You



baru baru ini saya rasa saya sudah jatuh cinta...

saya jatuh cinta dengan bau nescafe panas yang saya minum setiap pagi sebelum pergi kerja =)

saya jatuh cinta dengan waktu pagi setiap kali saya lalu di hadapan sekolah dan melihat beberapa murid sedang melintas di hadapan saya dengan wajah yang cukup ceria =)

saya jatuh cinta setiap kali saya melalui jambatan klang dan saya dapat melihat matahari terbit dengan sangat cantik. warnanya cukup menyenangkan =)

saya jatuh cinta dengan orang2 yang berada disekeliling saya waktu kami melalui 15 traffic light untuk ke tempat kerja =)

saya jatuh cinta dengan meja kerja saya dan buku catatan saya kerana saya lebih banyak menghabiskan masa bersama mereka... =)

saya suka cinta yang begini, tenang dan menyenangkan.. mungkin tak ada kene mengena dengan gambar tapi saya jatuh cinta dengan semua perkara yang saya ada =)


alhamdulillah =)


yang kekal


"walau seberapa dalam, walau seberapa kuat tekanan, kesan jejak ini pasti akan hilang.. hilang bersama waktu... namun ada satu yang tak kan hilang.. kebenaran yang kamu telah memijaknya.."


refleksi diri


"ada beberapa perkara yang anda perlu fikirkan sendiri dan mentafsirkan sendiri bagi lebih mengenali siapa diri anda. tak semua perkara kita perlukan orang lain sebagai refleksi. cukup kita meluangkan masa untuk diri sambil memikirkan berapa banyak kesilapan dan berapa banyak pembetulan yang kita lakukan..."


lokasi: pantai kelanang (sebelah morib)


design


 
dah lama tak berprojek design sejak meninggalkan UTM.. tadi cek aims tengok senarai tampal dan result design dah kuar

ALHAMDULILLAH
-A- 
=)

BETULLAH

"KESENANGAN YANG DATANG SELEPAS UJIAN ADALAH NIKMAT DARI TUHAN'
sengsara masa design dulu berbayar dengan result yang baik.. tq pada team member, sv (Dr. Ramli Mat) dan kengkawan =)

tak sesia meeting tiap malam sampai jam 12am... huhuhu


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB