Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

cahaya bulan


cahaya bulan menusuk ku
dengan ribuan pertanyaan
yang takkan pernah ku tahu
di mana jawapan itu

bagai letusan berapi
bangunkan ku dari mimpi 
sudah waktunya berdiri
mencari jawapan 
kegelisahan hati...

lagu & penyanyi: tak tahu
soundtrack filem GEI


yang kekal


"walau seberapa dalam, walau seberapa kuat tekanan, kesan jejak ini pasti akan hilang.. hilang bersama waktu... namun ada satu yang tak kan hilang.. kebenaran yang kamu telah memijaknya.."


refleksi diri


"ada beberapa perkara yang anda perlu fikirkan sendiri dan mentafsirkan sendiri bagi lebih mengenali siapa diri anda. tak semua perkara kita perlukan orang lain sebagai refleksi. cukup kita meluangkan masa untuk diri sambil memikirkan berapa banyak kesilapan dan berapa banyak pembetulan yang kita lakukan..."


lokasi: pantai kelanang (sebelah morib)


Self-Portrait (part14) - 15 jun


melepak di tepi bendang.. hehehe

take rest.. 
banyak benda yang kita kejarkan
sampai kita lupa masa2 untuk
kita berbicara dengan hati dan perasaan
dan menyelesaikan masalah diri =)

muha'kedah'.. hehe




surah terakhir


wahai tuhan jauh sudah, lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah, rindu hati sinarmu...

 wahai tuhan aku lemah, hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah, jiwa di hitam jalanku...

 ampunkanlah aku, terimalah taubatku
sesungguhnya engkau , sang maha pengampun dosa...

 Ya robbi, ijinkanlah , aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna, aku sebagai hambamu...

 berilkanlah aku, kesempaatn waktu
aku ingin kembali, kembali...


 dan meski aku tak layak, sujud padamu
dan sungguh tak layak, aku...

Talent: syawal aka pok cik tam (wakakaka)
location: ketika rumah black out

gambar ini mengingatkan saya pada cerita surah terakhir yang dilakonkan oleh umie aida. dalam cerita tu di akhir scene umie aida sedang membaca muqadaam dalam gelap ditemani lilin dan sambil tangannya merotan belakang badannya akibat menyesali dosa2 yang telah dilakukannya.



kepadaMu Kekasih









Lagu: KepadaMu Kekasih (M. Nasir)

tQ kepada model (new talent, ahaks)
amir
formatter


Program bersama PERWANI


 
280210
aktiviti PERWANI bersama masyarakat India berpendapatan rendah


peserta mendaftar di kaunter pendaftaran


tidak kira usia.. semuanya datang meraikan majlis


ucapan aluan dari wakil PERWANI


saudara Andy, yang merupakan wakil kepada masyarakat India di situ cuba memberikan penerangan kepada hadirin yang lain


hadirin mendengar dengan kusyuk. telatah penceramah kadang-kadang mengusik hati hadirin.


focus...


majlis berhenti rehat, para hadirin diberikan sedikit jamuan.


cenderamata untuk penceramah...


antara mereka yang hadir...


sedikit sumbangan kepada mereka yang hadir...


peserta bergambar kenangan bersama ajk program...


ia satu petang yang indah bila saya dijemput untuk merakamkan perjalanan program PERWANI bersama masyarakat India (wanita) tentang bagaimana membaiki taraf hidup mereka.
program sebegini sebenarnya sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mengetahui hak dan peluang yang ada bagi membaiki taraf hidup mereka. 
sungguh mendukacitakan apabila ada diantara mereka yang hampir sebaya saya tetapi tidak bersekolah. anak-anak kecil tidak bersekolah sebaliknya terpaksa menerima himpitan akibat kesempitan hidup yang dialami oleh orang tua mereka...



mr. buncit mencari Cinta






merasa sendiri menyebabkan mr. buncit merancang satu percutian ke Melaka.. tujuannya untuk mencari Cinta...


dalam perjalanan, mr. buncit asyik memikirkan cinta yang bagaimana cocok buatnya. kerana dia bukanlah beruang yang handsome... malah buncit pula~


sesampai di Melaka, mr. buncit terkejut melihat terdapat ramai orang di sana. almaklumlah cuti CNY... mr. buncit berehat di sebuah kebun bunga dan melihat-lihat sekeliling~


mr. buncit kemudian ke mucium bagi melihat-lihat warisan seni Melaka. tapi hatinya masih gundah kerana tidak menemui cinta yang dicari-cari...


untuk lebih mudah, mr. buncit duduk di satu sudut dan mematikan diri. berharap ada manusia yang akan mengambilnya dan memberikan sedikit rasa cinta padanya~


ternyata technique mr. buncit berjaya... seorang perempuan comel bersama-sama kawannya mengambil mr. buncit untuk dibawa berjalan-jalan bersama~


bersama mereka mr. buncit merasa satu cinta yang lebih hebat daripada cinta-cinta yang sering diperkatakan orang-orang yang mabuk cinta antara lelaki dan perempuan...


baru kini mr. buncit mengerti.. cinta dalam persahabatan lebih indah..


memberi tanpa mengharapkan balasan kembali, mengembirakan sahabat tanpa ragu-ragu dan takkan melepaskan tangan ketika sahabat berada dalam kesusahan...


 
 sungguh cinta dalam pesahabatan yang ditunjangi kerana Allah lebih hebat daripada cinta-cinta yang lain... mr. buncit sangat gembira kerana pengembaraan cinta menemukan mr. buncit kepada Penguasa segala Cinta =)



cerita tentang hidup (part1)




si tukang kasut..
kasut letaknya di kaki, namun kasut di hati bagi mereka.. dengan kasut mungkin ada anak-anak yang sudah bergraduasi di luar negara.. siapa tahu?






penjaja vs pizza
walaupun sudah ramai yang mampu makan di restoren mewah, namun tiada siapa yang dapat menandingi kesedapan nasi lemak yang dibuat oleh sang ibu demi membesarkan anak-anaknya... lebih hebat barangkali dari restoren 5 bintang~






konduktor bas
waktu rehat adalah bernafas dalam debu, waktu berkerja adalah dalam keriuhan ramai, namun kerna rezeki kau menjadi yang paling menonjol di stesen bas... teruskan langkah memandu pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mungkin tersalah menaiki bas wahai encik konduktor... walaupun kadang-kadang kau datang dari negara lain, namun ini bumi Tuhan, siapa yang berani mempersoalkan rezekimu...


mengira masa depan




percayalah dengan berusaha, walau sejauh mana masa depan kau pasti akan hampirinya. cuma jangan kecewa tatkala Tuhan melambatkan segala ketentuan dan menghantar segala dugaan kerana sudah tentu Dia maha mengetahui apa terbaik untukmu..


tua yang bersendirian




laut sebagai teman kala yang tersayang semakin melupakan.. adakah penghujungnya nanti kita juga akan jadi begini?!

 

bola juga adalah "ball"




pelik tapi benar... orang boleh bakar stadium hanya sebab bola =)


di penghujung






tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku di penghujungnya nanti... namun aku akan menanti kamu dengan penuh sabar... berusahalah wahai sahabat-sahabatku dalam melalui kehidupan yang tak pernah jemu dengan dugaan.. semoga apabila kita bertemu kalian makin matang =)

nelayan




membelah laut dengan keberanian...


penanti senja




menunggu dalam ruang yang masih berbaki~


pemikir tua




manusia harus bijak menggunakan strategik agar bahasa otaknya dapat dikongsi dan dinikmati manusia. aku bimbang jika kita terus memendam, perkongsian hanya terulang di layar fikiran dan akhirnya butuh teman hingga terdampar di jalanan~

pengakhiran sebuah kehidupan?




ada mak cik tua yang menjual kuih di kaki lima, pak cik tua yang mengayuh basikal dalam hujan untuk pulang ke rumah, dan seorang buta yang menjual tisu di kaki lima. indahnya apabila berkumpul di rumah bersama keluarga lebih bahagia daripada lelaki yang menghisap cerut mahal dan wanita yang bergaya di spa... kehidupan materialistik kadang-kadang lebih plastik~


sendiri





apalah yang lebih mengecewakan adalah apabila berjauhan daripada yang tersayang... keseorangan membuatkan manusia hidup dalam realiti yang fantasi~


hanya kerna sayang




kita berbeza dari mereka hanya dari segi harta, namun tidak kasih sayang... malah sayangku padamu anakku melebihi segalanya... terima kasih kerana sabar dalam segala kekurangan...




kehidupan sehari-hari




semalam dan kelmarin telah berlaru, maka hari ini dan esok bergantung pada kita untuk mengubahnya!


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB