Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label nikon S560. Show all posts
Showing posts with label nikon S560. Show all posts

bulan oren


tribute kepada adik2 kampus yang akan menghadapi Pilihan Raya Kampus tak lama lagi
STUDENT POWER!

- gambar lama dengan S560 -


masa lalu


student life at UTM...
sudah menjadi history
semester baru akan bermula
dan UTM akan menjadi sepi.. sesepi m21
tanpa BKF yang selalu blok jalan di blok m21...
bunyi laptop aku yang memekak di 2nd floor...
dan kelibat en.D di daerah rahsia..


life at UTM - makan-makan

CAUTION: Entry bersifat peribadi dan sedikit syok sendiri. gambar lama dengan kaera s560 (eL) so jangan bising pada kualitinya yeah =)

bila sebut pasal makan member yang satu kaki kalau di ajak pergi makan2 ni pastilah my favorite sister "kak Helia".. walaupun selalunya kami bayar asing2, namun semenjak dia dah start keje hehe dia je yang bayar =)

menu best di UTM:

sarapan....
{ ketiadaan gambar amat dikesali =( }

roti canai kosong kat meranti ( favorite aku)
roti canai telur (kak helia punya kegemaran)

nasi goreng kat k11 (pergh!)

masa tahun 1 penah makan nasi lemak kukus kat cengal then dah bankrup tak ada lagi dah.. so kalau nak makan nasi lemak tak tahulah mana best =(

makan tengah hari: 

belasah meranti aje.. favorite gerai yang kedai mak cik yang sangat friendly tu semua customer dia panggil sayang.. ehehehe masak lemak cili api dia besh!

selain dari tu masak lemak cili api + ayam goreng kat k9 terbaik!!! huhuh siap tambah cili padi memang tak tahu nak cakaplah...

makan petang:

nasi putih ayam masak kicap kat meranti gerai selera semua.. pergh!

makan malam: 

nasi ayam penyek - paling best kat k9, kedua terbest kat Cengal dan ok2 lah dekat CP.. kalau banyak duit yang dekat Giant tu.. wah rindunya nak makan nasi ayam penyek...

Bakso kat K11 - terbaek!

nasi ayam K11 (walaupun sikit tapi mantap) 

menu nak cepat - nasi ayam atau nasi lemak CP (murah + banyak)

Tom yam kat meranti.. makan malam ni esok satu hari kekenyangan

steamboat Johhny kat JJ -  time nak celebrate satu asement design abis atau rasa tension semacam memang kena makan benda alah ni~

makanan tambahan:

 choki2 beli di meranti.. wakaka
tam2 paw member se blok





Yang Terindah




Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia, Hingga aku terasa indah... Terima kasih Tuhan

 [ bersangkutan dengan projek bulan Mei.. apa dia? nantikan =) ]

 

Self-Portrait (part9)

"gambar ini diambil idea daripada gambar alangraphy"

gambar saya bersama dengan en.D di wedding kak Has. saya menjadi jurugambar tambahan sahaja. selamat pengantin baru buat Haslina dan pasangan Ansari. sangat gembira kerana dapat berkongsi moment bahagia kalian berdua... =)

 kredit pada sakinah yang amik picture ni =)

heheheh


walpaper daun


 

masih ingatkah anda dengan gambar ini??? gambar ini merupakan salah satu gambar dalam album KITA =)

alhamdulillah sahabat2 LPM mengambilnya untuk dijadikan walpaper di bawah PMIUTMEDIA...

jadi pada sahabat2 yang berminat bolehlah menghantar juga karya2 anda untuk dijadikan walpaper.. 

dah ada kamera mahal kalau tak digunakan pada jalan yang boleh menyumbang untuk Islam alangkah ruginya...

terdapat banyak lagi walpaper menarik yang boleh anda miliki di laman web PMIUTMEDIA =)
terima kasih pada mereka yang meletakkan kata2 dan menjadikan ia walpaper... =)

Self-Portrait (part7)

 

thanks pada Azlin yang amik picture ni =)

hehe with en.D (NIKON D3000) di Taman Rama-Rama =)


menghitung hari

huhuhu lepas tengok fb adik terus rasa nak balik... sabo222


proM


~dari mahasiswa untuk mahasiswa~


seketika untuk entry ini


alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya Pusat Islam (MSI) dengan kerjasama PMIUTM mengadakan satu forum berkaitan dengan  isu "Penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain" berikutan dengan keputusan mahkhamah membenarkan akhbar Katholik "The Herald" menggunakan perkataan "Allah" di dalam akhbar mereka yang berbahasa MELAYU.



 dalam forum ini, penjelasan yang diberikan amat mengejutkan terutamanya dari tuan Iqbal yang merupakan seorang peguam dalam kes rayuan bagi isu kalimah Allah ini. rata-rata mahasiswa yang hadir mula sedar akan kepentingan mereka dalam menyebarkan isu ini kepada ummah dalam memelihara kesucian sinar Islam.


 
mungkin ada antara kita yang menganggap isu ini hanya satu perkara biasa, contohnya di Mesir sendiri orang kristian menggunakan kalimah Allah. namun bagi saya apa yang berlaku di Malaysia tidak sama. dengan tahap kesedaran umat islam pada agama Islam itu sendiri yang rendah ternyata isu ini adalah salah satu propaganda nasrani untuk memijak dan menjatuhkan Islam...
 


 
 cuba bayangkan, bila sekecil ini pulang ke rumah dan bertanya pada Ibunya apa beza antara Allah orang Islam dengan Allah yang diperkatakan oleh paderi di gereja? saya bimbang akan wujud salah faham di kalangan masyarakat yang cetek pengetahuan agamanya dan menganggap semua agama itu sama. dan salah faham paling menakutkan ini akan membawa generasi masa akan datang nanti beranggapan Allah dalam agama Islam sama dengan Allah dalam agama kristian jadi tidak kisah jika murtad dan menyertai kristian kerana Allah yang sama.


betapa besarnya cabaran umat Islam diakhir zaman ini. akidah kita semakin dicabar. sungguh benar kata ini "kaum Nasrani tidak akan reda pada kamu (islam) selagi kamu tidak mengikut telunjuk mereka."

berharap agar setiap dari kita mengambil peranan dalam isu ini, andai jika keputusan makhamah tetap membenarkan penggunaan kalimah Allah maka kita juga harus bersiap sedia dengan ilmu di dada. sungguh tugas kita semakin besar..

Daei mesti KUAT!

download rakaman forum isu-isi Islam mutakhir-isu kalimah Allah (disini)


aku, resin dan psm




psm dulu mengajarkan aku makna menikmati erti sabar, menghargai setiap senyuman yang tercurah untukku dan berterima kasih pada utusan yang dihantar oleh Tuhan dalam membantu aku...


 

 tiada yang lebih istimewa melainkan kalian yang sering ada dan sering mendengar segala keluh kesah. terkadang perkara kecil juga aku bentakkan, namun seperti biasa kalian ada menjadi tempat berbicara...





pada yang sedang menyiapkan projek tahun akhir mereka, semoga diberi kekuatan dn dipermudahkan dalam segala urusan...

apa yang pasti dengar ini DUNIA,
"aku sudah habis PSM aku!"
heh =)

kita



aku yang selalu
merasa sendiri
tiada yang memahami
merasakan kehidupan terkadang tidak adil
lantas memingirkan aku dalam setiap keindahan






seolah ada bayang-bayang yang sering mengejar aku
menjadikan aku takut untuk mengatur langkah aku
dan terkadang tersadung
dan menangis dalam kesendirian menanggung kesakitan






di saat itulah kau hadir
seolah membawa salam dari Tuhan
untuk aku mengerti bahawa kehidupan ini
tidak bisa sendiri






kita pun menjadi akrab...
walaupun berada dalam keriuhan ramai
kita saling merasai kebersamaannya



tiada lagi memori gelap..
 aku kini bisa mendengok ke langit dan melihat kecerian yang indah






kau umpama kuntuman indah dalam hidupku







juga cahaya yang menghilangkan bayang yang mengjejarku dulu





kini aku ada kamu yang menemani setiap langkahku





 Terima kasih Tuhan,
kerana menghadiahkan sahabat ini padaku
dan terima kasih kamu
yang sentiasa menemani hariku...


***tribute to meL... 
yang membuatkan aku terpaksa mendongak ke langit setiap kali mahu melihatnya. 
semoga sentiasa tenang... 



they are muslimah (part 2)



muslimah...
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

asyura LTKS - portrait muslimah (portrait)



berani bersuara... muslimah perlu tanpil membela nasib kaum wanita yang ditindas~




serius... focus dalam melontarkan idea dan membicarakan masalah ummah...




berdaya usaha... tidak melayan sebarang provokasi...




tegas... tiada perkara remeh yang harus dibesarkan.. perkara utama yang harus diselesaikan...




lembut... namun dalam ketegasan punya kelembutan...




senyum.. sentiasa tersenyum dan bersedia untuk membantu sahabat-sahabatnya...




bersedia... tidak kira bila dan di mana...




bergembira...  kebersamaan bersama sahabat-sahabatnya agar mereka sentiasa ceria...




ceria... datanglah apa sahaja cubaan.. mereka sentiasa tenang dan ceria..




berdikari... dan dalam setaip perkara yang mereka lakukan, mereka tidak akan melupakan tangungjawab pada keluarga. sungguh pemimpin yang lahir datang dari wanita yang bijak menguruskan rumah tangganya...


merekalah muslimah, yang melingkari hidupku.... =)




asyura LTKS - portrait of muslimah (sahabat)



1,2, tigaaaaa...... bersama kita senyum dan merakamkannya. semoga memori ini takkan luput walaupun hard disk akan rosak satu hari nanti.. sesungguhnya memori terbaik adalah hati =)






kita bersama menjalani hari, kita bersama mengajar mimpi, namun diakhirnya nanti kita tetap berpisah. jadi teman ingatlah aku selalu dalam doamu... kerana itu yang lebih berbahagia buatku...




senyuman kita akan terus kekal walaupun adakala kita bermasam muka. biasalah itukan kehidupan.yang utama berlaku jujurlah...




walau kita berbeza dari segi jangka usia, namun ukhwah tak pernah mempersoalkan itu semua. bersamalah kita mencari redanya. yang tua punya pengalaman yang boleh dikongsi bersama, yang muda punya tenaga untuk menggerakkan kerja ke jalanNya...




sahabatku, ada kala kau akan lelah, sebab itu aku ada di sismu... mendengar segala bicaramu tanpa jemu. jangan pernah merasa sendiri sahabatku...




apabila kamu tersenyum, sungguh ia benar-benar mendamaikan jiwaku... tersenyumlah selalu sahabatku...




dengan teknologi, aku mahu kau tahu... aku sayang kamu sahabatku... kerana ALLAH....



asyura LTKS - gelagat asyura



ia adalah suatu pagi yang hening dan mereka bersama-sama mengharungi satu pagi yang indah untuk memasak bubur asyura atau sebenarnya lebih kepada bubur lambuk...




dalam melakukan tugasan, mereka saling berkenalan, maka ukhwah saling dirapatkan. tidak kiralah sama ada mereka ahli LTKS atau sekadar penghuni kolej yang mengisi hujung minggunya dengan beriadah bersama-sama LTKS.




setelah penat, mereka berkumpul bersama dan saling berkenal-kenalan. inilah yang dikatakan taaruf.. saling mengenal antara satu sama lain.. mengikat ukhwah dan kasih sayang kerana Allah...






selain perut, hati juga perlu diisi, perkongsian antara senior dan junior semoga dapat membantu adik-adik menghadapi dunia kampus yang serba mencabar dengan kekangan waktu dan 'wang'. namun dalam kekangan, adik-adik harus sentiasa sedia untuk bersama-sama dalam menegakkan Islam di bumi kampus...






setelah hampir lama menunggu, akhirnya muslimin yang bertanggungjawab mengacau bubur memberi signal menandakan bubur dah masak =)




apalagi, mendengarkan signal itu muslimat terus sahaja menyambar dulang dan sudu. dan bertindak seolah2 pengkritik bebas... alhamdulillah enak juga bubur yang dimasak oleh muslimin dan muslimat hari itu...




terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan untuk bubur asyura LTKS KTDI... =)




dan terima kasih juga kepada mereka yang bersengkang urat mengacau bubur asyura sehingga asyura kali ini bebas kerak =)


lain tahun kita buat dodol pulak yer =)

nantikan sambungan asyura LTKS - portrait muslimah =)


Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB