Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label utm. Show all posts
Showing posts with label utm. Show all posts

Self-Portrait (part19)

lama berfikir sama ada nak post ke tak nak. dengan mood 10-10-10 tetiba excited nak mempoyokan diri dengan gambar2 konvo =)

pada mereka yang selalu tanya kenapa self portrait selalu dengan kamera.. ha kali ni tak de kamera. jarak saya dan kamera hampir 50m =)

degree in aeronautic. agak2 MAS nak amik tak jadi fligh engineer dorang?

aktiviti masa lapang adalah bermain go-cart wakakaka


heheh special thanks to my lovely photographer yang sudi mengorbankan diri menjadi photog saya.. haha sentiasa bersabar dengan saya =)


finally bye2 UTM.. bye2 asignment...
hoho keje kat opis berlambak =(



I am done with UTM =)


finally...

bye22 UTM entah bila akan datang kembali.. akankah?

thanks UTM.. =)
thanks fwen =)
thanks family =)
terima kasih Allah =)

UTM di hati =)


Self-Portrait (part18)



hahaha tengah godek2 laptop jumpa pulak gambar lama ni..

self portrait tanpa kamera.. ahaks =)

zaman2 bengong dalam lab separation.. ow oklah lab yang tak buat aku boring sebab aku suka tengok benda2 separate =)

thanks pada kamera hp syaz untuk picture sampai masuk majalah style! 


masa lalu


student life at UTM...
sudah menjadi history
semester baru akan bermula
dan UTM akan menjadi sepi.. sesepi m21
tanpa BKF yang selalu blok jalan di blok m21...
bunyi laptop aku yang memekak di 2nd floor...
dan kelibat en.D di daerah rahsia..


life at UTM - makan-makan

CAUTION: Entry bersifat peribadi dan sedikit syok sendiri. gambar lama dengan kaera s560 (eL) so jangan bising pada kualitinya yeah =)

bila sebut pasal makan member yang satu kaki kalau di ajak pergi makan2 ni pastilah my favorite sister "kak Helia".. walaupun selalunya kami bayar asing2, namun semenjak dia dah start keje hehe dia je yang bayar =)

menu best di UTM:

sarapan....
{ ketiadaan gambar amat dikesali =( }

roti canai kosong kat meranti ( favorite aku)
roti canai telur (kak helia punya kegemaran)

nasi goreng kat k11 (pergh!)

masa tahun 1 penah makan nasi lemak kukus kat cengal then dah bankrup tak ada lagi dah.. so kalau nak makan nasi lemak tak tahulah mana best =(

makan tengah hari: 

belasah meranti aje.. favorite gerai yang kedai mak cik yang sangat friendly tu semua customer dia panggil sayang.. ehehehe masak lemak cili api dia besh!

selain dari tu masak lemak cili api + ayam goreng kat k9 terbaik!!! huhuh siap tambah cili padi memang tak tahu nak cakaplah...

makan petang:

nasi putih ayam masak kicap kat meranti gerai selera semua.. pergh!

makan malam: 

nasi ayam penyek - paling best kat k9, kedua terbest kat Cengal dan ok2 lah dekat CP.. kalau banyak duit yang dekat Giant tu.. wah rindunya nak makan nasi ayam penyek...

Bakso kat K11 - terbaek!

nasi ayam K11 (walaupun sikit tapi mantap) 

menu nak cepat - nasi ayam atau nasi lemak CP (murah + banyak)

Tom yam kat meranti.. makan malam ni esok satu hari kekenyangan

steamboat Johhny kat JJ -  time nak celebrate satu asement design abis atau rasa tension semacam memang kena makan benda alah ni~

makanan tambahan:

 choki2 beli di meranti.. wakaka
tam2 paw member se blok





seni bina (fkkksa)


hari ini saya cuba untuk shoot bangunan (seni bina) memang tak semudah yang disangka sebab saya sendiri tak tahu apa yang harus dititik beratkan ketika mahu mengambil foto-foto seni bina. terlupa pulak mahu search atau mendapatkan tutorial. jadi inilah hasil pertama kali dan yang tak seberapa. rasa tak nak upload tapi nak belajar dan rasa menarik juga shoot architecture ni. jadi mohon komen dari sahabat2 untuk penambahbaikan =)






seronok juga snap seni bina ni ya =)

Tips dari Abas Hassan:
1-Pattern
2-Shape
3-Form
4-Perspective
5-Color
 

masih bernyawa...


main bokeh je...


UTM dan aku yang sering ke'kering'an~


ukirannya... mengingatkan pada sesuatu.. apa ya?


new talent - Ilani.. ehehe semangat nak belajar main camera =)


gambar yang ditangkap oleh ilani menggunakan d3000 saya =)
hah dah boleh dah ni. cepat beli camera lani =)

kegilaan menembak yang menjadi2 selepas berakhirnya exam =)

sebelum pergi - ajan n da geng



pagi tadi dalam jam 11 am sempat mengambil group photo untuk kawan2 saya dari faculty FKKKSA. sebenarnya janji minggu lepas. tapi minggu lepas ada hal yang tak dapat dielakkan. beberapa gambar akan di upload atas permintaan tuan badan. kenapa sebab semua dah berangkat pulang ari ni. maka c akan di post dan macam biasa saya kalau bab2 post ni memang lemah sikit.

thanks ajan, anam, ayie dan wanie. korang memang sporting dan besh!
kawin jemput!!!

life at UTM (part 1)

entry ini mengenai kehidupan saya di UTM.. maka teknik dalam gambar kurang diambil perhatian sebaliknya cerita lebih utama. heh

untuk 1st part ini mengenai vB yang menduduki last paper dia sebagai seorang student... dan yang pasti last paper, adalah paper membrane yang mana leturernya Prof Fauzi dan aku yang sering kali berterbangan di awangan.. hehe sorry prof =)


budak poyo sedang menjawab exam.. actually paper membrane memang sangat tough. tapi lecture dia best dan aku masih simpan lagi first membrane yang aku cast kat makmal dengan prof Fauzi.. tapi alhamdulillah paper final ni bolehlah jawab juga walaupun berbelit jugaklah saraf kat otak aku ni =)
sebelum bla (actually jam tu waktunya salah) sempat juga menconteng papan putih.. haha sekarang baru aku ingat aku lupa padam white board tu.. adoi sorrylah fkkksa.. patut letak alamat blog sekali =)


student life... malam sebelum paper macam nak muntah menghabiskan sisa2 nota.. dahlah buku pulak kena rujuk dekat google book (kedekut punya pasal)... sampai migrain2 mengadap skrin.. haha alhamdulillah semuanya dah selesai.. moga2 keputusannya bagus2 =)

alhamdulillah.. abih gak degree aku =) insyaAllah...

MASTER? urgh.. tak pelah =)


silalah belajar wahai cik vB



orang dah habis exam.. aku pulak baru nak start exam.. tak kisahlah yang penting sila belajar.
2 paper je 15 dan 16 hb selepas tu maka aku rasminya akan join penganggur fan club.. huh

pada siapa2 yang ada exam juga jomlah kita belajar tanpa mengenal waktu rehat.. heh tapi waktu amik gambar kena ada juga =) released tension bak kata mak aku.. heh

gud luck final! after exam jom menembak besar2an di jB =)

menunggu kata dari Tuhan


Saudara Sani Sudin memainkan biola sebagai latar kepada teater menunggu kata dari Tuhan.


Saudara Sabri Yunus memegang watak sebagai Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk. Teater yang berbentuk monolog ini bermula apabila Ka’ab bin Malik tidak mampu memberi alasan yang konkrit kenapa tidak boleh pergi berperang. Sedangkan Ka’Ab tak pernah mengingkari kata -kata Allah dan Rasul.


Sesekali terlintas juga di fikirannya untuk berbohong kepada Nabi SAW… namun kerana imannya yang tinggi kepada Allah, terbatal niatnya itu. Maka bermulalah kisah pertarungan ‘rasa’ antara jiwa dan perasaan yang dialaminya. Beliau berasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau sihat dan telah mempersiapkan segala peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.


Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang lalu beliau dipulaukan oleh nabi dan sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Kerana pada zaman itu, semua umat Islam yang cukup syaratnya wajib keluar untuk berperang. Kerana itulah perintah Nabi SAW. Yang mengingkarinya, tunggulah azab dari Allah SWT. Tidak cukup dengan penderitaan itu, Beliau juga diperintahkan untuk menjauhi isterinya. Penderitaan jiwa yang amat sangat dialami oleh Ka’ab dalam menunggu keampunan dari Allah. Menunggu kata dari Tuhan melalui lidah Rasul….. sesungguhnya, inilah erti sebenar ’Penantian suatu Penyeksaan..’ Sehingga dunia yang luas ini terasa amat sempit oleh Ka’ab. Ka’ab terus bermunajat kepada Allah… setiap saat, setiap masa, setiap ketika…. hari demi hari Ka’ab menunggu kata ampun dari Allah… Sehinggalah Allah mengampunkannya…


alunan biola yang cukup mencengkam jiwa mengikut mood penceritaan...


moral dari teater:
1) Sejauh mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan?
2) Setelah kita sudah mengakui kesilapan kita, Sejauh mana pula kesediaan kita untuk menerima apa sahaja hukumannya?
3) Ketika kita melakukan kesalahan (dosa), tiada siapapun yang mampu membantu kita termasuklah orang yang rapat dengan kita (suami/ isteri/ anak-anak), yang menentukan segala-galanya hanyalah ALLAH…


Teater "Menunngu Kata Dari Tuhan" adalah arahan Pak Dinsman yang diangkat daripada hadis dan sirah mengenai Ka'ab bin Malik yang tidak mengikuti Perang Tabuk.


berdakwah melalui teater adalah satu usaha yang amat baik sekali. saya teruja dengan sedikit pendedahan daripada Pak Dinsman yang mengatakan antara projek teater terbarunya adalah certa mengenai kisah Nabi Yusof yang diangkat dari Surah Yusof.. sama-sama kita nantikan =)


sumber bagi caption : jom tengok teater

bagi mereka yang mahukan lebih lanjut mengenai kisah ini boleh ke blog ini juga:  Kisah tiga orang mukmin tidak menyertai perang tabuk.

Tahniah kepada PMIUTM yang telah membawa masuk teater berunsur ketuhanan ini pada pesta konvo yang lepas =)


나무


untuk setiap ciptaanNya
datang dengan pengertian yang sukar ditafsirkan
beruntunglah pada mereka yang sering mengambil jalan untuk mengkajinya
kerana ia akan membawa kita lebih dekat padaNya...


poster presentation plant design


cerita tentang suka duka, tension tak tentu hala dan pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila =)




di atas adalah brochure untuk plant design saya. jika anda berminat tentang design pelbagai jenis plant di Malaysia oleh bakal2 design engineer dan bagaimana mereka mengatur hala tuju plant dari tanpa ada kepada ada, ap kata anda datang ke N29 jam 9.20am - 12.00pm pada 5 April 2010...

sapa nak beli idea plant Ikkyu sebelum aku letupkannya =)

Segulung Ijazah Harapan Rakyat



Menggengam segulung ijazah
Mendengar tangis manusia
Di bawah hancing bingkai langit
Melihat sungai kekuningan
Dikencing awan hitam kemerdekaan
Di susuk rimba
Terdengar pula suara siamang
Memekik menjadi hakim
Di mahkamah hukum-hukum rimba
Dan ijazah yang diterima
Terpaksa menjadi bahan-bahan buangan
Di dalam tapak pelupusan sampah

Aku ingin bertanya
Ke mana intelek kebenaran
Aku harus bertanya
Di mana hasil tangan pengenggam ijazah
Mahasiswa adalah senjata
Yang akan gagah bersoal
Mahasiswa bukan peralatan kuda
Yang akan ditunggangi tanpa bertanya

Mengapa setiap perkara yang baik
Pasti akan ada yang jahat
Mengapa setiap perkara yang miskin
Pasti akan ada yang kaya
Mengapa setiap perkara yang adil
Pasti akan ada yang zalim
Ya, sudah lebih lima puluh dua tahun
Mengapa suara mahasiswa terus membisu
Kemerdekaan hari ini milik siapa
Mahasiswa harus menjadi suara
Kepada rakyat masa depan

Mahasiswa perlu mendengar nadi negara
Hari ini mahasiswa harus melihat
Ada di atas meludah yang di bawah
Ada yang berkuasa membunuh yang tak berdaya
Ada yang kaya memerah keringat yang miskin
Ada yang kufur memerintah yang beriman
Mana suara mahasiswa waktu ini
Aku ingin bertanya
Mahasiswa membisu atas dasar apa?
Aku mahu bertanya
Mahasiswa berdiri atas dasar apa?
Aku harus bertanya
Mahasiwa belajar atas dasar apa?
Mengapa siamang yang menjadi hakim?

Lihat ada petani yang hilang sawahnya
Dengar ada penduduk dirobohkan rumahnya
Ideologi-ideologi penindasan
Yang dicuri fahamannya dari intelek penjajah
Sering saja tidak menyebelahi sosio rakyat
Orang-orang yang kaya makin disayang
Orang-orang yang miskin makin terbuang
Tanah-tanah di bukit
Sudah tidak ada lagi yang membela
Kelaparan anak-anak fakir miskin
Makin berleluasa mati kebuluran
Keruntuhan akhlak, penderaan, kemaksiatan
Terus menjadi raja di bumi ini

Mahasiswa harus bertanya tentang perkara ini
Ya, mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak pernah bisu
Mahasiswa perlu melihat dan mendengar

Antara ketawa riang penindasan
Dan redup tangisan pengharapan
Kedaulatan kebenaran harus dibangunkan
Binatang kepalsuan harus dihapuskan
Maka segulung ijazah akan menjadi kejayaan
Yang bermakna dalam kehidupan sehari harian

Di bawah bumbung fasaliti pendidikan ini
Mahasiswa wajar bertanya
Kita dididik untuk berdiri

Di pihak yang mana?
Ilmu yang diajarkan disini
Sesungguhnya adalah suara pembebasan
Yang akan menyokong sebuah sosio kehidupan
Mahasiswa bukan mengejar kekayaan
Mahasiswa bukan bermatlamat kebendaan
Mahasiswa bukan bercita-cita untuk menindas
Rakyat menuntut jawapan

Esok hari langit akan terang kembali
Siang akan terbit menjelma
Siamang di rimba masih bersorak
Sedang rakyat makin mati jiwanya
Dan jawapan dari mulut-mulut intelek mahasiswa
Ditagih bagi membela dan menjaga
Ya, suara mahasiswa akan menjadi hikmah
Dicampak ke laut menjadi pulau
Dicampak ke darat menjadi istana
Rakyat masih menagih kata-kata mahasiswa
Ada yang dipersada mendera
Ada yang disinggahsana menzalimi
Ada yang syurga dunia merampas
Hanya demi sebuah kerakusan

Mahasiswa harus terus menerus bertanya
Mahasiswa harus terus menerus membela

Tidak selamanya siamang menjadi hakim di rimba
Tidak selamanya rakyat terus dipersia
Biar segulung ijazah menjadi syurga
Bagi anak-anak kecil pada masa hadapan
Ayuh mahasiswa usah berhenti bertanya
Mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak bisu
Mahasiswa tidak tuli

Di bawah payung pendidikan di sini
Kita dididik untuk memihak pada siapa?
Puisi karangan dan deklamasikan oleh saudara Amni Jagat bersempena pesta konvokesyen di Malam Simfoni Nurani anjuran PMIUTM 

 

KAMI-Bionite Committee

































































































































































































































mereka berkerja bersama untuk dinner kursus mereka, setelah dinner berlangsung mereka kembali kepada kehidupan tanpa kerja yang mengikat mereka bersama. tetapi disebabkan hubungan yang telah wujud semasa bergerak kerja dulu, mereka merasakan penting untuk mengabadikan memori mereka bersama. jadi mereka telah memanggil saya untuk mengabadikan diri mereka dalam beberapa keping gambar =)

sangat gembira dan berterima kasih kepada mereka kerana memanggil saya =)


Cakap kuat-kuat


Alhamdulillah pada 12/3/10 bertempat di dataran Agora, PMIUTM telah melancarkan speaker corner yang pertama semenjak ia dilancarkan 2 minggu yang lalu. seramai 3 orang speaker telah berucap. terima kasih kepada LPM PMIUTM yang telah menjemput saya untuk merakamkan kejadian pada hari itu...

SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT!

cakap kuat-kuat...


cakap kuat-kuat biar semua mahasiswa dengar...


President PMIUTM mengetuai bacaan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw...


mantan President PMIUTM 2008/2009 turut hadir memberi sokongan...


antara mereka-mereka yang hadir untuk mendengar suara mahasiswa...


Faizuan bertindak sebagai MC pada hari itu...


Speaker pertama - Azami dengan isu Johor Muflis?


Speaker ke 2 - Sabrina mewakili mahasiswi berucap tentang isu keselamatan mahasiswa...


Speaker ke-3 - Azim mewakili MPP menegaskan agar mahasiswa dapat berhujah dengan lebih berfakta...


orang kuat.... sedia ada di mana-mana...


mendokumentasikan perjalanan hari itu. terima kasih sakinah =)


Pentas ini dahagakan suara, idea, kritikan dan gagasan-gagasan baru dari Mahasiswa.. jangan biar ia terus sepi dan menjadi hanya hiasan di dataran AGORA.. kembalikan kegemilangan MAHASISWA!



Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB