assalamualaikum... tujuan post ini selain untuk show off kad =) adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa yang telah mengucapkan selamat, memberikan tazkirah pendek mahu pun yang menghantarkan mesej-mesej bergambar (walaupun gagal dibuka oleh handphone ku)..
mungkin masih ramai yang tidak men"wish" kerana kekurangan informasi.. namun ianya bukanlah apa-apa... apalah yang ada pada hari ini sedang esok-esok lebih penting dan punya sekalian perkara yang harus kita focuskan segala =)
umur hanya bertambah, tapi orangnya masih sama... masih suka gelak... masih suka bawak motor laju-laju... masih suka fotografi... masih suka makan... masih dan masih yang sama-sama sahaja =)
terima kasih buat semua yang berusaha mengingati walaupun dengan meletakkan reminder pada handphone atau pada kalender di google =) ia satu usaha yang harus disenyumkan =)
sangat seronok rasanya bila mendapat ucapan selamat waktu orang lain tidak tahu ia adalah harinya =) dan seperti biasa setiap tahun pasti ada ucapan selamat dari orang yang tidak terjangka =)
indahnya hidup ini.. maka syukurilah selalu =)
lastly....
untuk my best fwen...
terima kasih untuk selalu bersama
untuk kad
untuk kata-kata semangat
untuk menjadi pendengar pada cerita yang entah apa-apa
untuk mr. buncit
untuk kenangan-kenangan lalu
untuk persahabatan
dan untuk segalanya
waktu bergerak dan berputar.. tapi kita masih berdiri.. walau dipisahkan dalam sebuah jarak
kita apa peduli
ada gtalk semuanya kembali seperti disebelah-sebelah =)
terima kasih Tuhan untuk semua teman-teman yang indah.. sahabat-sahabat yang setia.. keluarga yang gila-gila.. teman-teman blogger dan untuk diri sendiri juga =)
3 comments:
ayat macam romantik pulak.. alahai dah tua2 ni.. heheh =)
wah..semakin hebat yer..
belajar lagi =) wah pergi port klang tak ajak =)
Post a Comment