ia adalah suatu pagi yang hening dan mereka bersama-sama mengharungi satu pagi yang indah untuk memasak bubur asyura atau sebenarnya lebih kepada bubur lambuk...
dalam melakukan tugasan, mereka saling berkenalan, maka ukhwah saling dirapatkan. tidak kiralah sama ada mereka ahli LTKS atau sekadar penghuni kolej yang mengisi hujung minggunya dengan beriadah bersama-sama LTKS.
setelah penat, mereka berkumpul bersama dan saling berkenal-kenalan. inilah yang dikatakan taaruf.. saling mengenal antara satu sama lain.. mengikat ukhwah dan kasih sayang kerana Allah...
selain perut, hati juga perlu diisi, perkongsian antara senior dan junior semoga dapat membantu adik-adik menghadapi dunia kampus yang serba mencabar dengan kekangan waktu dan 'wang'. namun dalam kekangan, adik-adik harus sentiasa sedia untuk bersama-sama dalam menegakkan Islam di bumi kampus...
setelah hampir lama menunggu, akhirnya muslimin yang bertanggungjawab mengacau bubur memberi signal menandakan bubur dah masak =)
apalagi, mendengarkan signal itu muslimat terus sahaja menyambar dulang dan sudu. dan bertindak seolah2 pengkritik bebas... alhamdulillah enak juga bubur yang dimasak oleh muslimin dan muslimat hari itu...
terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan untuk bubur asyura LTKS KTDI... =)
dan terima kasih juga kepada mereka yang bersengkang urat mengacau bubur asyura sehingga asyura kali ini bebas kerak =)
lain tahun kita buat dodol pulak yer =)
nantikan sambungan asyura LTKS - portrait muslimah =)
2 comments:
salam..nice pics bebeh..=)
bebeh always nice.. heeh
Post a Comment