Subscribe News Feed Subscribe Comments

wushu dan kita


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa



Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan



Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan




Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi




Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga





Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta




selamat datang ke dunia kami wahai kawan =)
ramai orang kata kami selalu bersama kelompok kami, sebenarnya kami tak pernah begitu. selagi kami mampu menghulurkan tangan persahabatan, sambutlah ia dengan penuh keikhlasan...




satu hari nanti kita pasti akan merindui ini, melihat senyuman sahabat-sahabat, berkongsi cawan dan talam, berkongsi rasa dan bahagia... semua ini akan pergi satu hari nanti akibat tuntutan hidup yang membawa kita ke daerah masing-masing...





jadi mari kita hargai segala masa yang berbaki ini, sungguh setiap detik amat berharga yang mana di hari tua nanti akan kita ceritakan pada anak-anak dan cucu betapa bahagianya kita yang mempunyai sahabat-sahabat yang setiap kali melihat mereka meningkatkan lagi keimanan kita...





;
 sahabat... saya sayang kamu kerana Allah... kita adalah keluarga =)


lagu: Cerita Hati (Hafiz Hamidun)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
Pictures Of Life | TNB