1,2, tigaaaaa...... bersama kita senyum dan merakamkannya. semoga memori ini takkan luput walaupun hard disk akan rosak satu hari nanti.. sesungguhnya memori terbaik adalah hati =)
kita bersama menjalani hari, kita bersama mengajar mimpi, namun diakhirnya nanti kita tetap berpisah. jadi teman ingatlah aku selalu dalam doamu... kerana itu yang lebih berbahagia buatku...
senyuman kita akan terus kekal walaupun adakala kita bermasam muka. biasalah itukan kehidupan.yang utama berlaku jujurlah...
walau kita berbeza dari segi jangka usia, namun ukhwah tak pernah mempersoalkan itu semua. bersamalah kita mencari redanya. yang tua punya pengalaman yang boleh dikongsi bersama, yang muda punya tenaga untuk menggerakkan kerja ke jalanNya...
sahabatku, ada kala kau akan lelah, sebab itu aku ada di sismu... mendengar segala bicaramu tanpa jemu. jangan pernah merasa sendiri sahabatku...
apabila kamu tersenyum, sungguh ia benar-benar mendamaikan jiwaku... tersenyumlah selalu sahabatku...
dengan teknologi, aku mahu kau tahu... aku sayang kamu sahabatku... kerana ALLAH....
0 comments:
Post a Comment