seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya...
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita." kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti." kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti".
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan." hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
*******************************************************************************
Ustazah Naemah dari Pusat Islam (MSI) sebagai penceramah pada majlis tengah hari itu.
Ukhti Syafiqah yang membacakan doa kesejahteraan pada tengah hari yang indah itu. semoga majlis mendapat lindungan rahmat dariNya...
Ukhti Sutriana memnyampaikan sedikit ucapan selaku pengarah program TM HEWI kali ini.
Ukhti Syazana selaku mc pada hari itu.
antara mahasiswi yang hadir pada program TM HEWI. Dewan al-Ghazali yang boleh memuatkan sekitar 200 orang penuh pada tengah hari itu. kerusi terpaksa dibawa masuk bagi menampung mahasiswi yang hadir. alhamdulillah semuanya selesa =)
peserta kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Naemah dengan bantuan power point yang menarik.
antara peserta yang hadir. sementara menunggu waktu kelas mereka bersambung jam 3 pm, mereka mengisi masa terluang dengan menyertai TM HEWI disamping dapat menambahkan ilmu.
selain dapat menambah ilmu, ukhwah juga terjalin diantara HEWI PMIUTM dan mahasiswi kampus.bertepatan dengan misi HEWI PMIUTM yang mahu menjaga kebajikan dan menjadi suara kepada kebajikan mahasiswi Islam UTM.
rata-rata peserta terhibur dengan kuliah santai daripada Ustazah Naemah.
Power point yang disediakan memudahkan lagi kuliah disampaikan dan mengurangkan rasa "blur" dikalangan peserta.
program berakhir dengan penyampaian cenderamata oleh pengerusi HEWI PMIUTM, ukhti Saidatun Nor kepada Ustazah Naemah di iringi oleh Ukhti Sutriana.
majlis tengah hari itu turut di serikan lagi dengan persembahan nashid daripada kumpulan nashid HEWI PMIUTM iaitu Hurul Ain
***aik.. dah macam reporter pulak???
2 comments:
laporan untuk blogspot pmi takde? ;p
hah tu jangan tanya aku... aku bukan ajk pun =)
hm... sut cepat arahkan ahli2 mu buat... nanti kak sun marah =)
Post a Comment